Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus meluahkan rasa sebak dan teruja apabila menerima kejutan daripada isterinya baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Instagram, dia yang ketika itu sedang minum kopi menyangka Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin beri hadiah berupa pakaian sukan.
BACA :Â Suami Surprise Kotak Berisi ‘Kain’, Isteri Excited Rupanya Bakal Tunai Umrah
Lepas 8 tahun menanti…rezeki Allah kali ini cukup bermakna untuk saya & keluarga
Walau bagaimanapun, alangkah terkejutnya pelantun lagu ‘Menatap Matamu’ apabila hadiah diterima merupakan sepasang baju bayi serta alat ujian kehamilan yang sekali gus mengesahkan Puteri kini hamil cahaya mata kedua. Susulan itu, Aril dirakam menitiskan air mata terharu di hadapan isteri dan anak lelaki mereka kerana sudah 8 tahun menantikan ‘anugerah’ tersebut.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Isteri disahkan ada fibroid…terima hakikat sekiranya kelahiran anak kali ini adalah yang terakhir
Namun di sebalik keterujaan itu, Aril Pilus terpaksa akur dengan hakikat mungkin ini juga merupakan zuriat terakhir dalam keluarganya. Gara-gara hidap ketumbuhan fibroid, isterinya dinasihatkan doktor supaya menjalani operation buang rahim selepas bersalin yang dijangka hujung tahun nanti. Memetik Harian Metro, dia dan isteri bagaimanapun amat bersyukur kerana atas kurniaan cahaya mata kedua ini.
Inilah sebab saya sanggup tak jadi pramugari balik…kalau tidak, umur dekat 40 baru dibenarkan hamil
Dalam pada itu, Puteri Erma Edlinda pula dedahkan inilah antara sebab dia menolak tawaran untuk bertugas sebagai pramugari kembali di sebuah syarikat penerbangan. Jika tidak, kemungkinan umurnya sudah hampir 40 tahun barulah dibenarkan untuk hamil. Namun demi zuriat yang terakhir, Puteri sanggup tidak ‘fly’ buat masa ini.
Kredit : IG arilpilus & IG Story puteriedlinda
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura