Hiburan Inspirasi Viral

Tak ‘Bolot’ Hadiah Sendiri, Syaiful Tiro Dipuji Nak Belikan Orang Kampung Bot

Berusaha keras mengerah idea di pentas ‘Maharaja Lawak Mega 2021’, pasukan Tiro akhirnya telah diumumkan sebagai juara pada tahun ini. Berjaya mengutip 10 HA daripada barisan juri, Daniel, Sharif dan Syaiful menerima wang tunai bernilai RM500 ribu berserta trofi malam tadi.

BACA: Selalu Bengang Ketika Beri Komen, Nampak Siapa Sang Bara Terus Tak Jadi Marah

Dari awal dah niat nak beli bot untuk bagi peluang kerja kepada orang kampung

Tidak berniat untuk ‘menikmati’ hadiah wang tunai yang sangat besar jumlahnya itu sendirian, Syaiful berhasrat ingin berkongsi rezeki dengan orang kampungnya dengan membelikan sebuah bot. Katanya, sejak awal menyertai rancangan ini lagi dia sebenarnya sudah berniat begitu bagi memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah di samping berharap dapat menunaikan umrah.

Tak ‘Bolot’ Hadiah Sendiri, Syaiful Tiro Dipuji Nak Belikan Orang Kampung Bot

Tak ‘Bolot’ Hadiah Sendiri, Syaiful Tiro Dipuji Nak Belikan Orang Kampung Bot

Tak ‘Bolot’ Hadiah Sendiri, Syaiful Tiro Dipuji Nak Belikan Orang Kampung Bot

Saya nak kahwin tapi calon isteri belum ada…Nak pergi haji kemudian mahu berkahwin

Sharif merangkap adiknya turut mempunyai hasrat yang sama iaitu ingin melaksanakan ibadah umrah. Wang selebihnya pula akan disimpan bagi menampung perbelanjaan sepanjang pandemik serta projeknya pada masa akan datang. Dalam pada itu, Danial pula berkongsi keinginan menunaikan haji di samping sempat berseloroh mahu berkahwin walaupun belum berjumpa jodohnya.

Tak ‘Bolot’ Hadiah Sendiri, Syaiful Tiro Dipuji Nak Belikan Orang Kampung Bot

Tak ‘Bolot’ Hadiah Sendiri, Syaiful Tiro Dipuji Nak Belikan Orang Kampung Bot

Tak ‘Bolot’ Hadiah Sendiri, Syaiful Tiro Dipuji Nak Belikan Orang Kampung Bot

Mantap Abang Syaiful…Alhamdulillah niat yang murni

Mengetahui perkara ini, rata-rata netizen memuji niat murni pelawak dari Sabah ini. Bukan itu sahaja, mereka juga mendoakan agar urusan Syaiful untuk membantu orang kampungnya akan dipermudahkan.

Tak ‘Bolot’ Hadiah Sendiri, Syaiful Tiro Dipuji Nak Belikan Orang Kampung Bot

Tak ‘Bolot’ Hadiah Sendiri, Syaiful Tiro Dipuji Nak Belikan Orang Kampung Bot

Tak ‘Bolot’ Hadiah Sendiri, Syaiful Tiro Dipuji Nak Belikan Orang Kampung Bot

Kredit: Portal mStar, Instagram syaiful_zero, portal Kosmo & Instagram mStar

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tak ‘Bolot’ Hadiah Sendiri, Syaiful Tiro Dipuji Nak Belikan Orang Kampung Bot

Facebook

Telegram