“Abah Nak Cuba Boleh?” – Ramai Tersentuh Lihat Bapa ‘Pinjam’ Jubah Konvo Anak

Di sebalik kejayaan seseorang individu, tidak dinafikan bahawa pastinya terselit keberkatan doa yang tak pernah putus oleh kedua-dua ibu bapanya. Selain peranan guru atau pensyarah, didikan kedua-dua insan penting dalam hidup seseorang ini juga turut menentukan kecemerlangan anak-anak. Bersempena dengan musim konvokesyen di seluruh negara sejak akhir- akhir ini, pelbagai kisah menarik tentang para graduan yang menjadi tumpuan di media sosial.

BACA: [VIDEO] Terharu Rakan Baik Suprise Datang Konvo, Menangis Lelaki Ini Dibuatnya

Abah nak cuba boleh? Tak pernah pakai..

Advertisement

Baru-baru ini pula, sebuah rakaman yang memaparkan gelagat seorang bapa ingin mencuba jubah konvo anaknya telah menjadi tular di laman Twitter. Detik yang penuh sebak itu berlaku di luar dewan konvokesyen pada hari graduan bernama Aiman Ansari Bin Mohd Hamizan ini diraikan pada semalam. Ujar pemuda ini, abahnya tidak pernah menyarung jubah konvokesyen sepanjang hayatnya sebelum ini.

Senyuman bahagia seorang bapa

Advertisement

Meskipun dia tidak melontarkan sebarang kata-kata sepanjang video berdurasi kurang dari 10 saat terbabit, namun senyuman yang jelas terukir di wajahnya sudah cukup untuk menjelaskan segala perasaannya. Malahan, bapa Aiman Ansari ini turut sporting untuk melayan permintaan anak-anaknya sewaktu mengambil foto kenangan.

Advertisement

Tahniah atas usaha membesarkan anak hingga ke tahap ini

Dalam pada itu, tweet tersebut telah mendapat banyak reaksi dan komen positif. Selain memberikan ucapan tahniah atas pengorbanan yang telah dibuat sepanjang membesarkan anak-anak hingga berjaya, rata-rata netizen juga akui bahawa mereka berasa sebak tatkala melihatkan moment berkenaan. Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 700 ribu kali dan meraih lebih 50 ribu retweets.

Advertisement

Sumber: Twitter & IG aiman_hamizan

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?