Viral

“Abang Ada Untuk Sayang”- Pemuda Redha Atas Pemergian Isteri Akibat Kanser

“Abang Ada Untuk Sayang”- Pemuda Redha Atas Pemergian Isteri Akibat Kanser

Sharing is caring!

Sejak akhir-akhir ini, rancak di laman Twitter tentang perbandingan hubungan dahulu dan sekarang apabila ramai berkongsi kisah percintaan bersama partner masing-masing. Di sebalik cerita-cerita indah mengenai trend tersebut, bagaimanapun terselit satu kisah sedih apabila seorang lelaki memuat naik gambar dulu dan sekarang bersama si isteri yang sudah pun kembali ke rahmatullah sekitar 4 bulan lalu.

BACA: Selepas 25 Tahun, Suami Isteri Buktikan Masih Serasi Dulu, Kini Dan Selamanya

“Abang Ada Untuk Sayang”- Pemuda Redha Atas Pemergian Isteri Akibat Kanser

 

Hilang isteri akibat kanser

Kisah yang telah mencuri perhatian ramai sehingga mendapat 14,000 jumlah retweet tersebut dikongsikan oleh seorang pemuda dikenali sebagai Khairul Azwan Razali yang sudah kehilangan isterinya, Nur Syamimi Alia Mazlan akibat kanser dihadapi pada 13 Ogos 2019. Menerusi pendedahan eksklusif kepada pihak Erin Sakura, lelaki itu memaklumkan dia telah mengetahui tentang masalah kesihatan tersebut sebelum berkahwin lagi dan mengambil keputusan untuk menjaga wanita berkenaan. Walau bagaimanapun, kesihatannya mula merosot sejurus pulang dari menunaikan umrah bersama keluarga apabila pemeriksaan mengesahkan kanser tersebut sudah sampai tahap empat. 


“Abang Ada Untuk Sayang”- Pemuda Redha Atas Pemergian Isteri Akibat Kanser

“Abang Ada Untuk Sayang”- Pemuda Redha Atas Pemergian Isteri Akibat Kanser

“Abang Ada Untuk Sayang”- Pemuda Redha Atas Pemergian Isteri Akibat Kanser

Berterima kasih pada semua yang telah mendoakan


Meskipun masih bersedih dengan pemergian suri hatinya, namun lelaki ini bersyukur kerana sempat menunaikan tanggungjawab sebagai suami dengan menjaga si isteri sehingga ke hujung nyawa selama setahun lebih. Mengimbau kembali detik perkenalan mereka, suami isteri ini bertemu sewaktu masing-masing menunaikan ibadah umrah bersama keluarga pada tahun 2011. Pada tahun 2016, keduanya bertemu kembali serta semakin rapat sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada 18 Jun 2018 dengan izin keluarga. Pemuda berkenaan seterusnya berterima kasih kepada netizen kerana telah menitipkan doa buatnya serta Allahyarhamah.

“Abang Ada Untuk Sayang”- Pemuda Redha Atas Pemergian Isteri Akibat Kanser


 

“Abang Ada Untuk Sayang”- Pemuda Redha Atas Pemergian Isteri Akibat Kanser

“Abang Ada Untuk Sayang”- Pemuda Redha Atas Pemergian Isteri Akibat Kanser

“Abang Ada Untuk Sayang”- Pemuda Redha Atas Pemergian Isteri Akibat Kanser

“Abang Ada Untuk Sayang”- Pemuda Redha Atas Pemergian Isteri Akibat Kanser

Sumber: Twitter Azwan 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!