Antarabangsa Cinta Viral

Abang Courier Hantar Parcel Sampai Atas Pelamin, Pengantin Tahan Malu Bayar COD

Abang Courier Hantar Parcel Sampai Atas Pelamin, Pengantin Tahan Malu Bayar COD

Seiring dengan kemajuan dalam industri online shopping, kini parcel yang dibeli menerusi aplikasi telefon boleh sampai kepada pembeli sepantas 24 jam sahaja. Terkadang, ada juga syarikat penghantaran yang membuat delivery pada setiap hari termasuklah cuti umum. Namun tidak sangka, ada juga pengalaman lucu yang terjadi persis dialami pasangan pengantin di bawah.

BACA : [VIDEO] Kena Patuk Dikejar, Lelaki Terpaksa Bergelut Dengan Angsa Ketika COD

Tengah majlis kahwin tiba-tiba Abang Courier COD barang

Ketika itu, pengantin wanita yang difahamkan sempat membeli barangan online sedang berada di atas pelamin untuk sesi photoshoot kahwin. Tidak lama kemudian, kelibat Abang Courier dengan baju jingga bertopi keledar mula kelihatan memasuki laluan utama bagi menyerahkan parcel berkenaan.

Abang Courier Hantar Parcel Sampai Atas Pelamin, Pengantin Tahan Malu Bayar COD


Pengantin perempuan tahan malu bayar postage atas pelamin

Dengan penuh santai, mempelai wanita yang nampak malu-malu kucing terus membayar yuran COD dan sempat dilihat ketawa. Tidak lama kemudian, rider penghantar barang itu turut meminta bantuan jurugambar untuk menangkap foto mereka bertiga sekali gus mencipta kenangan manis.

@widymotret

Status pesanan : Kurir sedang kondangan🤣 #fyp #fypシ

♬ dj noneno x diamond in the sky DJ TEBANG FULL – DJ TEBANG

Status dekat apps : Parcel sudah diterima pengantin…Diajak makan sekali untung juga

Menerusi ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan situasi lucu yang dihadapi oleh pengantin apalagi penghantar barang ini sangat sporting. Belum lebih 24 jam dikongsikan, rakaman tersebut berjaya meraih hampir sejuta tontonan daripada netizen di TikTok.


Abang Courier Hantar Parcel Sampai Atas Pelamin, Pengantin Tahan Malu Bayar COD

Abang Courier Hantar Parcel Sampai Atas Pelamin, Pengantin Tahan Malu Bayar COD


Kredit : TikTok widymotret

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Abang Courier Hantar Parcel Sampai Atas Pelamin, Pengantin Tahan Malu Bayar COD

Facebook

Telegram