Abang Menyamar Jadi Lelaki Kacak & Bercinta Dengan Adik Sendiri, Bila Kantoi…

Hubungan adik beradik memang tak dapat dipisahkan. Walaupun sering bertekak mulut, air yang dicincang tak akan putus. Pergaduhan atau gurauan kasar yang sering berlaku sebenarnya lebih merapatkan lagi silaturrrahim sesama adik beradik. Namun apa yang dilakukan oleh seorang abang ini memang lain macam bila dia telah menyamar menjadi seorang lelaki dan bercinta dengan adik kandungnya sendiri. Perkara itu sedang hangat tular di Twitter ketika ini.

Baca : Masa Tu Jentera Dah Penuh, Tapi Hati Berkeras Nak Pergi, Rupanya Tu Adik Saya 

Gambar sekadar hiasan

Patut ke aku berterima kasih pada Twitter…

Awalnya, lelaki yang bernama Amirul Harraz ini telah berkongsi sebuah tweet tentang ‘perkara b*doh yang pernah dilakukan kepada adik-beradik’. Ketika itulah dia mendedahkan bahawa pernah menyamar sebagai Fahmi dan bercinta dengan adiknya sendiri. Malang tidak berbau, adik perempuannya telah terjumpa tweet tersebut.

Jangan cakap yang kau dah prank aku selama ni! 

Doakan aku masih diterima keluarga…

Panik dengan perkara tersebut, Harraz akhirnya mengaku dan meminta maaf dari adiknya. Namun jelas kelihatan dari perbualan tersebut bahawa adiknya benar-benar kecewa kerana dipermainkan oleh abang sendiri.

Apa benda ni, Abang? Geram apa dengan adik ni?

Lebih menyedihkan hati adik perempuannya, dia sering menceritakan tentang Fahmi kepada abangnya. Tak sangka rupanya abang dan juga Fahmi adalah orang yang sama.

Abang betul-betul menyesal…Dah insaf, sumpah

Sekali tengok macam lawak. Namun begitu, perkara ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Majoritinya menyifatkan perangai Harraz sebagai keterlaluan kerana membuat prank sebegini.

Cuba minta getback...Mana tau dia maafkan kau

Kalau hubungan tak serapat dulu…Kau tahulah sebabnya

Nak prank pun ada batasnya

Sumber : Twitter Amirulharazz

Apa Komen Anda?