“Abang Terima Kasih!” – Lelaki Ini Terharu Lepas Buat Surprise Untuk 2 Adiknya!

Air dicincang takkan pernah putus. Peribahasa berikut jelas memberikan erti yang sangat mendalam terhadap hubungan adik-beradik atau kekeluargaan yang tidak akan terlerai sampai bila-bila.  Jika sebelum ini kita selalu dipertontonkan dengan video seorang individu membuat kejutan terhadap insan yang mereka cintai tak kiralah sama ada untuk menyambut hari lahir, melamar dan lain-lain. Namun jarang sekali kita menonton video seorang kakak atau abang yang membuat kejutan istimewa terhadap adiknya.

BACA: [VIDEO] Sanggup Buat Surprise Demi Menantu, Ragam Sweet Mentua Ini Jadi Viral!

Abang…terima kasih!

Menerusi rakaman video yang tular di laman Twitter baru-baru ini, seorang pemuda bernama Muhd Hamqa ini nampaknya tidak lokek untuk membelanjakan sebahagian duitnya demi membuat satu kejutan istimewa buat adik-adik yang tersayang. 

Menurut lelaki ini, dia sangat gembira apabila dapat melihat keterujaan 2 adik lelakinya ini saat mendapat hadiah ‘beyblade’ tersebut. Walaupun itu bukanlah mainan pertama mereka, namun atas dasar minat Hamqa sanggup menambahkan lagi koleksi yang sudah dimiliki mereka.

Dia punya menjerit kegembiraan tu…kita pula rasa dihargai bila tengok reaksi camni

Tambahnya lagi, dia hanya berharap agar kedua-dua mereka agar menjadi anak yang soleh serta berusaha lebih dalam pelajaran di sekolah. Dalam pada itu, video tersebut turut menyentuh hati ramai pihak kerana bukan senang untuk menyaksikan ragam seperti ini pada setiap hari. Malah mereka turut memuji sikap baik yang dipamerkan oleh salah seorang daripada mereka yang tidak henti-henti mengucapkan terima kasih terhadap Hamqa atas hadiah yang sangat bermakna itu. Video tersebut telah pun meraih lebih 130 ribu jumlah tontonan dan 8 ribu retweets setakat ini.

Sumber: Twitter m_hamqa

Apa Komen Anda?