Viral Artis Hiburan

“Abang Turun Bawah Terus”-Sharnaaz & Shukri Gurau Bergambar Pegang Minyak Masak

“Abang Turun Bawah Terus”-Sharnaaz & Shukri Gurau Bergambar Pegang Minyak Masak

Berkait isu yang berlaku kepada Sharnaaz Ahmad dengan seorang pengawal keselamatan tempoh lalu, artis berkenaan meminta agar orang di luar sana berhenti membuat spekulasi liar memandangkan siasatan polis masih lagi berjalan. Melalui IG Story terbaru malam tadi pula, nampaknya dia sempat menghabiskan masa dengan kawan-kawannya termasuklah Shukri Yahaya.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Aduhh Assalammualaikum, apa khabar sihat? Abang main taik dik…Abang turun bawah terus kena ‘ngap’

Sempat bergurau mengenai isu berkenaan yang disebut-sebut sejak 3 hari lalu, situasi paling lucu adalah apabila Sharnaaz dan Shuk bersalaman serta bergambar dengan sebotol minyak masak ala-ala sedang merangkul piala kemenangan. Melihat usikan tersebut, bapa tunggal anak satu ini bagaimanapun nampak tenang dan terhibur melayani perangai ‘masuk’ air kenalannya pada malam itu.

I am ok InsyaAllah…Baba loves you so much

Sementara itu, tinjauan ke Instagram Sharnaaz sendiri memaparkan dia sempat memuat naik rakaman sedang mendukung Jebat Jayden. Dengan iringan lagu sedih, artis tersebut turut mencoret kapsyen berbunyi “I am ok InsyaAllah…Baba loves you so much“.

Baba & Jebat kuat…Moga di bawah lindungan Allah sentiasa – Siti Elizad

Meraih lebih sejuta tontonan, netizen mula membanjiri ruangan komen termasuklah deretan sokongan daripada rakan-rakan artis sendiri. Antara yang dilihat memberikan komen adalah PU Riz, Faizal Tahir, Jep Sepahtu, Beto Khusyairy, Ibu Fauziah Nawi dan ramai lagi.

“Abang Turun Bawah Terus”-Sharnaaz & Shukri Gurau Bergambar Pegang Minyak Masak

“Abang Turun Bawah Terus”-Sharnaaz & Shukri Gurau Bergambar Pegang Minyak Masak

“Abang Turun Bawah Terus”-Sharnaaz & Shukri Gurau Bergambar Pegang Minyak Masak

Kredit : FB Artis Malaysia, IG Sharnaaz Ahmad,

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Abang Turun Bawah Terus”-Sharnaaz & Shukri Gurau Bergambar Pegang Minyak Masak

Facebook

Telegram