Abby Abadi Selamat Lahirkan Bayi Pramatang 23 Minggu Seberat 535 Gram

Seperti yang kita tahu, pelakon terkenal  iaitu Abby Abadi kini sedang hamil 23 minggu selepas keguguran pada beberapa bulan yang lepas ketika kandungannya mencecah 5 bulan. Pun begitu, pagi tadi kita dikejutkan dengan perkongsian suaminya iaitu Faizal Zakaria, dengan memaklumkan bahawa isteri tercintanya itu terpaksa melakukan operation mengejut demi untuk menyelamatkan nyawa Abby serta bayi mereka.

BACA: “Alhamdulillah Syukur” – Usia 40-an Bukan Penghalang, Abby Abadi Umum Hamil Lagi

Terkini menerusi laporan mStar, difahamkan Abby sudah  selamat melahirkan bayi lelaki pramatang selepas beberapa jam di dalam operation room. Difahamkan kini bayinya itu diletakkan di pusat rawatan NICU iaitu pusat rawatan jagaan intensif untuk bayi memandangkan masih belum cukup bulan.

Alhamdulillah.. Kedua-dua mereka selamat

Kata suaminya yang lebih mesra dengan panggilan Jaiezzany, bayi baharu mereka hanyalah seberat 535 gram sahaja.

Terpaksa dikeluarkan untuk selamatkan mereka…

Terang Jaiezzay lagi, punca utama Abby terpaksa melahirkan bayi mereka adalah kerana Abby sudah mula mengalami beberapa tanda untuk bersalin sejak tengah malam semalam.

Tidak cukup dengan itu, bIood pressure Abby juga didapati menaik secara mendadak iaitu sebanyak 190, serta mengalami bleeding yang teruk selain sudah mula ada bukaan meskipun baru menginjak 6 bulan. Namun setelah selamat melahirkan bayi baharu mereka itu, keadaan Abby kini semakin stabil dan mungkin boleh dikeluarkan dari hospitaI pada hari ini.

Sumber: mStar & IG jaiezzany

Apa Komen Anda?