Isu Semasa Viral

Cik Abe Geram Bebel Geng Basikal – “Taulah Hobimu Mahal Tapi Nyawa Orang Lain?”

Cik Abe Geram Bebel Geng Basikal – “Taulah Hobimu Mahal Tapi Nyawa Orang Lain?”

Sharing is caring!

Meskipun seronok, tapi aktiviti menunggang basikal secara berkumpulan di lebuhraya agak berisiko untuk terlibat atau jadi punca insiden ngeri. Realitinya sudah banyak nahas berlaku gara-gara perbezaan kelajuan antara basikal dengan kenderaan lain. Malah beberapa hari lalu, segelintir ‘geng basikal’ telah dikritik hebat kerana sengaja gunakan laluan yang agak sibuk sebagai trek mereka.

BACA: Ingin Main Basikal Dengan Kawan, Kanak-Kanak 6 Tahun Hilang Nyawa Depan Rumah

Cik Abe Geram Bebel Geng Basikal – “Taulah Hobimu Mahal Tapi Nyawa Orang Lain?”

Cik Abe Geram Bebel Geng Basikal – “Taulah Hobimu Mahal Tapi Nyawa Orang Lain?”


Taulah hobi tu mahal…tapi ‘mu’ risikokan nyawa orang lain

Susulan itu, anak jati Kelantan bernama Zaidi ini terpanggil sekali lagi untuk menegur sikap sesetengah peminat basikal. Berbeza dengan video yang pernah viral bulan lepas, pemuda ini awalnya dilihat menegur dengan nada yang agak lembut sambil menyelitkan rasa kasihan terhadap anak-anak golongan tersebut jika nyawa mereka tergadai di tengah jalan. Namun di hujung video berkenaan, dia akhirnya gagal tahan geram sekali gus menyuarakan kebimbangan terhadap soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Koho tuo koho gong..mu kalu gatih basika sapa 6 tahun pun xhilang doh perut labuh mu tu..

Posted by Zaidi on Sunday, September 13, 2020

Part last tu nyaris kena tapak…basikal tak salah tapi tempat yang tak sesuai

Secara keseluruhannya, video berdurasi 50 saat itu telah dikongsi lebih 700 kali di Facebook. Selain terhibur melihat telatah ‘cik abe’ berkenaan membebel, rata-rata netizen turut berharap golongan yang suka berbasikal itu agar lebih prihatin dengan isu keselamatan daripada hobi mahal tersebut semata-mata.

Cik Abe Geram Bebel Geng Basikal – “Taulah Hobimu Mahal Tapi Nyawa Orang Lain?”

Cik Abe Geram Bebel Geng Basikal – “Taulah Hobimu Mahal Tapi Nyawa Orang Lain?”


Cik Abe Geram Bebel Geng Basikal – “Taulah Hobimu Mahal Tapi Nyawa Orang Lain?”

Sumber: FB Zaidi


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini