“Acah Tanya Khabar..”- Boleh Runtuhkan Rumah Tangga, Ramai Bantah Reunion Raya

Acara rumah terbuka di Hari Raya Aidilfitri memang sering dianjurkan di kalangan kita semua. Bukan sahaja dapat berkongsi rezeki dengan orang lain, malahan ini adalah peluang untuk bersua dengan rakan dan saudara. Ada juga yang gemar membuat majlis reunion raya khas untuk berkumpul semula dengan sahabat lama. Akan tetapi, topik penganjuran reunion raya ini mula mendapat respon panas dari para netizen.

Baca : Excited Nak Anjurkan Open House Raya? Gunakan Cara Ini Untuk Save Bajet Anda!

Gambar sekadar hiasan

Reunion raya ini memang boleh mengeratkan semula hubungan, namun ramai yang mendakwah perjumpaan seperti ini boleh menjadi punca keruntuhan rumah tangga! Bila bertemu rakan lama, mulalah ada yang nak bertaut hati padahal masing-masing dah ada anak bini. Berikut adalah beberapa komen dari para netizen : 

Yang jantan nak masuk daun, yang perempuan merenyam test saham…

Acah nak tanya khabar, last-last tanya hati

Sebab reunion la ramai berpisah…Konon rindu cinta monyet

Gambar sekadar hiasan

Namun dalam kemarahan orang ramai yang membantah penganjuran reunion ini, ada juga sesetengahnya yang masih bersetuju. Katanya jika pandai mengawal diri, reunion raya ini tidaklah menjadi masalah.

Alhamdulillah dah 4x reunion…Setakat ni takde lagi benda mengarut jadi

Semuanya dari hati…Kalau niat baik,baiklah jadinya…Kalau tak baik merana

Agaknya yang tak suka reunion ni takde member sehati sejiwa

Sumber : Facebook Mingguan Wanita

Apa Komen Anda?