“Ada Budak Panggil Dia Gajah & Sampai Rumah, Dia Mula Minum Air Detox Lemon..”

Budaya ‘body shaming’ atau mengejek rupa paras seseorang seakan menjadi hal biasa di dalam masyarakat kita kini. Apabila terguris hati, ada pula yang melabel golongan yang diejek ini sebagai ‘hati tisu’. Seperti yang pernah terjadi pada Haneesya Hanee sendiri apabila warna kulitnya sering diejek oleh ramai orang. Namun menerusi Instagram, dia mendedahkan pula bahawa adiknya juga turut mengalami masalah sama.

Baca : Tak Malu Luah Perkara Haram Yang Ingin Dibuat, Warga Twitter Buat Ramai Meluat!

 

Ini kisah sedih tentang adik aku dan harapnya, semua orang boleh ambil serius benda ni. Daripada darjah 4 kena buIi. Tapi dia sabar sebab Mommy tak pernah ajar balas balik. Kebanyakan pembuIi dia semua badan kecil. Sekarang dia nak ambil UPSR tapi dia tak nak pergi sekolah. Ingatkan malas, rupanya dia kena buIi.

 

 

Kami tau masalah tu tapi selalu bagi semangat je dan dia okey pada mulanya. Tapi sebab sikap pendam perasaan dia makin teruk. Semalam adik kena panggil ‘gajah’ banyak kali daripada seorang budak ni. Bila balik rumah, dia mula minum air detox. Dia letak lemon banyak sangat. Pagi dia tak nak pergi sekolah. Tapi kami paksa juga sebab exam dah dekat. Rupanya dia dalam tandas sekolah sebab tak sedap perut . Mommy telefon cikgu cakap dia tak masuk kelas. Pengajarannya, kata-kata yang menyakitkan boleh beri kesan buruk pada semua orang tak kisah la macam mana pun fizikal dia.

 

 

 

Sebagai kakak, aku nampak Mommy selalu nasihat dia jangan buIi sesiapa. Sebagai mak bapak, patut nasihatkan yang buIi tu tak okay. Semuanya bermula dari rumah. Kesian adik aku. Patutnya umur 12 tahun, sekolah jadi tempat yang menyeronokkan. Benda kecil pun ibu bapa kena ambil tahu supaya tiada masalah lebih besar pula berlaku.

 

Sumber : Instagram Haneesya Haneee

 

Apa Komen Anda?