“Ada Kategori Miskin & Mewah..” -Ini Rupanya Realiti Kehidupan Dalam Penjara

Penjara adalah antara tempat yang digeruni ramai oleh kerana merupakan lokasi untuk menghimpun pesalah atas pelbagai sebab dan bakal menjalani hukuman. Meskipun begitu, apa yang berlaku disebalik dinding penjara tidak diketahui ramai dan mungkin mencetuskan pelbagai andaian tersendiri mengenainya. Namun, baru-baru ini seorang pemuda telah mendedahkan persekitaran sebenar di sebalik kamar gelap tersebut. 

BACA: Hikmah Gagal Masuk Diploma, Wanita Luah Syukur Ditawarkan Jadi Pegawai Penjara

Gambar sekadar hiasan

Ada kategori miskin dan mewah

Menerusi posting oleh saudara Aiman di laman Twitter, sebelum ini seseorang pernah bercerita kepadanya perihal tersebut oleh kerana ayahnya salah seorang petugas di penjara. Pemuda ini menjelaskan bahawa berada di dalam penjara menghalang seseorang daripada merasa kebebasan hidup. Terdapat dua kategori yang menggambarkan kehidupan di penjara iaitu miskin dan mewah bergantung kepada bangunan penjara itu. Mereka turut memakai baju mengikut warna melambangkan status di situ. 

Advertisement

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Sebelum masuk check rapi..azab di penjara

Pegawai penjara akan menjalankan proses yang ketat untuk memastikan banduan tidak membawa barang telarang ke dalam jel. Malahan dia telah mendedahkan cara hidup yang berbeza dan azab di penjara kerana tiada privasi dan sentiasa dikawal rapi. Meskipun hidup terkurung, mereka masih perlu bekerja namun meraih upah yang tidak seberapa.

Advertisement

Advertisement

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Hukuman menyeramkan

Dia turut menceritakan kisah perjalanan banduan akhir sebelum ke  tali gantung dan menggambarkan keadaan jasad yang ternyata menyeramkan. Manakala yang menjalani hukuman sebatan juga luar biasa kerana akan menyebabkan cedera teruk dipunggung serta makan masa untuk sembuh.

Advertisement

Advertisement

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Banduan pra bebas boleh keluar sebelum jam 5

Kata pemuda ini lagi, setiap penjara mempunyai sistem dan peraturan yang tersendiri. Untuk banduan yang memegang status pra bebas, mereka mempunyai kelonggaran untuk keluar dari penjara sebelum jam 5 petang tetapi dibawah kawalan pegawai penjara. Di penghujungnya, Aiman sempat berkongsi beberapa peristiwa misteri di penjara. 

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter aliffaimanrsdy

Advertisement

Apa Komen Anda?