“Ada Susuk Tubuh Berdiri”- Lelaki Ini Kongsi Kisah Seram Di Terowong Motosikal!

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman seram sekali seumur hidup terutama apabila melalui satu kawasan yang tidak ramai orang. Itulah yang dikongsikan oleh pemilik Facebook iaitu Kamarul Ariffin Nor Sadan yang juga merupakan seorang doktor menceritakan detik dia terserempak dengan jelmaan seperti pontianak ketika melalui sebuah terowong. Pada ketika bumi dibasahi hujan lebat.

BACA : “Aneyy Tingkat 20 Mana Ada Orang..” – Kisah Seram Pekerja Lif Kondo Setapak Ria

Menurut penceritaannya, dia terpaksa mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan memandangkan hujan semakin lebat sehingga pandangan menjadi kabur. Ditambah pula, kenderaan di atas jalan raya kerap bertukar lorong membuatkan dia risau akan keselamatannya sebagai penunggang motosikal.

Gambar Sekadar Hiasan

Banyak gila jerangkap samar!

Disebabkan itu, dia bertindak pergi ke laluan yang paling dibenci oleh hampir kesemua penunggang iaitu laluan khas motosikal. Mana tidaknya, kawasan beluk4r itu kelihatan tersorok dan agak gelap. 

Tidak jauh selepas melalui laluan motosikal ini, dia terjumpa sebuah terowong panjang dan sedikit melengkung serta hanya diterangi satu lampu tungsten menyebabkan keadaan menjadi suram.

Suara siapa pula ni?

Sewaktu sedang menguruskan pakaiannya yang basah, dia terdengar pula suara orang dari dalam terowong lalu memandang keadaan di sekeliling. Hujan pula semakin mencurah-curah ke dalam terowong tersebut.

Badan meliuk sedikit, g0yang ikut irama senandung

Dia membuat keputusan untuk menunggang motosikalnya keluar dari tempat itu namun terhenti sebaik terlihat satu susuk tubuh sedang berdiri di laluan tersebut. Dalam kesamaran cahaya, dia ternampak kelibat berpakaian serba putih dan basah sehingga menampakkan bentuk tubuhnya.

Gambar Sekadar Hiasan

Dia menuju keluar melayang & hilang

Tidak semena-mena, motosikalnya terhenti menyebabkan jantungnya berdegup kencang. Dalam keadaan terkejut, dia dikejutkan dengan bunyi hon daripada penunggang lain sebelum menoleh kembali ke arah perempuan misteri itu sehingga menampakkan wajahnya.

 

Dalam keadaan takut, lelaki ini meminta maaf kepada penunggang di belakang sebelum terus menghidupkan enjin motosikalnya untuk pergi dari kawasan itu dan berharap ‘benda’ itu tidak mengikutnya pulang.

Sepanjang penjalannya pulang ke rumah, lelaki ini asyik terfikirkan apa yang telah berlaku sebentar tadi dan beranggapan ‘benda’ itu adalah pontianak kerana boleh terbang. Dia juga berazam untuk tidak lagi melalui laluan terowong di lebuhraya itu dan rela berteduh di kawasan terbuka. Malah, turut meminta pihak pengurusan agar menyelenggara kawasan itu.

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : FB Kamarul Ariffin Nor Sadan

Apa Komen Anda?