“Ada Yang Doakan Kami Tahan 6 Bulan Je” – Pengantin Muda Kalis Kritikan Netizen

Antara detik yang paling indah dalam kehidupan seseorang pastilah ketika menamatkan zaman bujang masing-masing. Walaupun impian untuk ‘mendirikan masjld’ bukanlah sesuatu perkara mudah tapi jika diusahakan, insyaAllah masanya akan tiba jua. Seperti pengantin baru ini, mereka berkahwin pada usia yang cukup muda. Si suami berumur 23 tahun manakala isterinya pula berumur 21 tahun.

BACA: “Dah La Kerja Kilang, Boleh Ke Hidup?” – Tak Melatah, Malah Rezeki Makin Luas

Tak suka bercinta lama-lama…Kalau dah sayang kahwin je

Menurut Siti Nur Hawa atau lebih mesra dipanggil Amber, dia juga tidak menyangka akan bergelar isteri orang pada usia sebegini. Sejak perkenalan mereka 3 tahun yang lalu, dia sangat tertarik dengan sikap gigih suaminya iaitu Muhammad Amirul Hafiz yang sanggup melakukan pelbagai jenis pekerjaan demi mengumpul wang. Mereka telah menjadi bualan di laman Twitter selepas Amber berkongsi beberapa foto di hari perkahwinan mereka baru-baru ini.

Ada yang kata kami tahan 6 bulan saja & guna duit keluarga…kami usaha sendiri

Dalam pada itu, mereka berdua turut mengabaikan sesetengah pandangan negatif netizen terhadap perkahwinan ini. Antaranya adalah seperti mereka belum matang lagi dan menghabiskan banyak duit keluarga untuk bernikah. Namun yang paling dikesali adalah apabila ada pihak yang menyatakan hubungan mereka ini bertahan setengah tahun sahaja, sedangkan mereka perlu memberikan titipan doa yang baik buat mereka yang baru sahaja bergelar suami isteri.

Couple muda perlu sentiasa jujur & beri sokongan terhadap satu sama lain

Pun begitu, Amber dan suami tidak ambil kisah terhadap kenyataan itu semua dan fokus dalam membantu suami dan keluarganya. Mereka kini sedang mengusahakan perniagaan secara atas talian selain mencari pekerjaan yang lebih stabil untuk mengukuhkan lagi ekonomi rumah tangga yang baru terbina ini, Selain itu, Amber turut mentipkan nasihat bagi p4sangan muda lain agar sentiasa jujur, utamakan komunikasi dan sentiasa memberi sokongan terhadap satu sama yang lain kerana perkahwinan melibatkan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Sumber: Twitter ambrtrax & mStar

Apa Komen Anda?