Walaupun cuma berada di supermarket yang mempunyai keluasan sederhana, kebarangkalian untuk anak menghilang tetap tinggi. Sepeka mana pun ibu ayah memantau, terkadang insiden sebegitu sukar dielakkan dan proses pencariannya bukanlah mudah. Tambahan lagi jika para penjaga tidak mendapat bantuan orang sekeliling.
BACA : Kasihan Anak Kena Gari? Ramai Acik Bawang Masih Tak Terima Anti Lost Wrist Band
Dengar ayah dia panggil nama anak, sedih rasa
Dalam satu kejadian yang berlaku di Ayer Keroh, Melaka semalam, seorang bapa difahamkan berlari-lari di sekitar supermarket mencari kelibat anaknya. Tidak pasti bagaimanakah mulanya kisah tersebut, namun jelas wajah panik lelaki itu mencari-cari di sekitar kawasan ramai orang awam sambil beberapa kali memanggil nama ‘Naura’.
@faizalanugerah #melaka semoga di permudahkan amin kalau ramai kita lanjut
Ada mak cik sorang tu cakap anak dia keluar dari situ, sampai tengah jalan ayahnya cari
Menurut pemilik video iaitu saudara Faizal, keadaan semakin panik apabila ada seorang individu mendakwa kanak-kanak terbabit kena kidnap. Ia membuatkan si ayah bertambah cemas kerana risau memikirkan benda buruk sudah berlaku kepada cahaya mata tercintanya.
Sebab tu saya guna pengikat tangan tu…Memang orang akan pandang, tapi biarkan je dari jadi macam ni
Melalui ruangan komen, ribuan netizen turut berkongsikan kerisauan mereka selain tertanya-tanya mengenai perkembangan terkini tentang Adik Naura. Selain itu, ramai tampil menceritakan semula tentang pengalaman serupa tatkala anak tiba-tiba ‘lesap’ dari pandangan.
Kredit : TikTok faizalanugerah
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
