Adakah Buat Kerja Rumah Tak ‘Gentleman’? Ikuti Perkongsian Bapa Bijak Ini!

Tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak memainkan peranan yang besar dalam tumbesaran anak. Pelbagai kaedah boleh diamalkan untuk menyiapkan mereka menjadi seorang yang berdisiplin serta pandai mengurus diri. Perkongsian saudara Ahmad Affzan Abdullah mengupas mengenai cara mendidik anak lelaki untuk tahu membuat kerja-kerja rumah selain memberi manfaat kepada diri mereka dewasa kelak. 

BACA : Lelaki Letak Nama Anak Muhammad Bossku Undang Kemarahan Isteri, Namun…

Perkongsian di laman Facebook telah mendapat 2 ribu lebih perkongsian dan 300 komen oleh para pengguna laman terbabit. Saudara Ahmad memperincikan mengenai kerja-kerja rumah yang diajarkan kepada anak-anak lelaki juga perempuan agar saling tahu dan bertanggungjawab terhadap urusan kehidupan seharian. 

Anak-anak lelaki aku semua wajib buat kerja rumah

Anak-anak lelaki perlu membuat kerja-kerja rumah dan tidak boleh melepak sesuka hati tanpa ke dapur ataupun laman. Mereka harus mengetahui akan asas dalam kemahiran hidup agar dewasa nanti tidak menyerahkan semua kerja rumah pada isteri sahaja.

Ada yang dibuat setiap hari, ada yang ikut jadual

Antara kerja-kerja rumah yang tersenarai ialah basuh pinggan, basuh baju, sidai baju, gosok baju dan banyak lagi. Kerja-kerja rumah ini dilakukan setiap hari namun ada juga secara berjadual.

Jadual rutin kerja-kerja rumah

Antara kerja-kerja yang dilakukan…

Turut diajar untuk bermain dengan tanah dan baja

Jangan berharap pada pembantu atau bibik

Saudara Ahmad juga menegaskan bahawa asas dalam kehidupan ini adalah jangan terlalu mengharapkan bantuan orang lain ataupun memperkulikan teman hidup serta ibu bapa sendiri. Didik dan dedahkan amalan yang bagus kepada anak lelaki agar diterapkan menjadi rutin harian mereka. Baginya, inilah sifat ‘jantan’ sebenar yang perlu disematkan dalam diri setiap lelaki, malah menarik perhatian lebih ramai perempuan untuk dijadikan suami berguna apabila dewasa nanti.

Sumber : Ahmad Affzan

Apa Komen Anda?