Mengusahakan perniagaan mereka sejak tahun lalu, adik beradik Syatilla Melvin akhirnya bergelar sebagai jutawan kosmetik. Beberapa hari lalu di pelbagai portal berita, kejayaan ‘The Melvins‘ ini telah tular sekali gus menjadi pencetus inspirasi buat orang ramai di luar sana. Namun begitu, ada pula khabar angin mendakwa bahawa pencapaian itu diraih dengan unsur-unsur ‘cable’ melibatkan pihak lain dalam memudahkan perjalanan business mereka semua.
BACA : Detail Sungguh Sampai Berbulu Kaki, Kek Birthday Syatilla Melvin Paling Rare
Allah bagi rezeki dalam sekelip mata
Akan tetapi, dakwaan tersebut dinafikan sekeras-kerasnya. Sebaliknya, Syifa Melvin menegaskan segala apa yang dicapai sehingga ke hari ini merupakan hasil usaha keras mereka bersama. Turut menghargai sokongan yang diberikan oleh adik beradik lain, wanita berkenaan sempat berkongsikan rahsia kejayaan iaitu sentiasa menjaga ukhuwah sesama ahli keluarga.
Cable paling kuat…
Terpanggil dengan isu sesetengah pihak yang mengatakan mereka semua menggunakan cable sebagai jalan pintas meraih kejayaan, Caprice mengambil keputusan untuk menyuarakan pendapatnya di Instagram baru-baru ini. Mengikut kata rapper tersebut, kita seharusnya turut bergembira dan bersyukur di atas pencapaian positif orang lain. Meskipun ia bukanlah kejayaan diri sendiri, namun sikap iri hati wajar dihindari selain terus menjaga perhubungan dengan Maha Pencipta. Rakaman berkenaan turut mendapat respon balas positif daripada tuan badan sendiri.
Sumber : Instagram Caprice Official, mStar, Harian Metro
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura