Viral

Adik Buat ‘Perangai Gila’ Sebab Boring, Si Ayah Berdekah Ketawa Sampai Tersedak

Adik Buat ‘Perangai Gila’ Sebab Boring, Si Ayah Berdekah Ketawa Sampai Tersedak

Sharing is caring!

Memenuhi masa terluang sepanjang tempoh ‘berkurung’ sememangnya sukar bagi mereka yang sudah terbiasa dengan aktiviti di luar. Begitu juga dengan keluarga ini, tahap bosan yang amat terlihat jelas membuatkan adik lelakinya menggayakan style baru untuk menghiburkan diri serta keluarga.

BACA: [VIDEO] Penat Ada Abang Macam Ni..Aksi Lelaki Dinosaur Buat Ramai Terhibur

Bila adik kau dah stress 

Baru-baru ini, tular video pendek yang dikongsi pengguna Twitter bernama @piqicapieq menerusi akaun peribadi miliknya. Di dalam rakaman tersebut, adik lelakinya memakai baju kelawar dan tudung sambil berdiri di belakang ayah mereka. Dia juga berseloroh mengatakan, adiknya melakukan hal tersebut kerana stress duduk di rumah dan tidak dapat keluar seperti biasa.

Adik Buat ‘Perangai Gila’ Sebab Boring, Si Ayah Berdekah Ketawa Sampai Tersedak


Adik Buat ‘Perangai Gila’ Sebab Boring, Si Ayah Berdekah Ketawa Sampai Tersedak

Adik Buat ‘Perangai Gila’ Sebab Boring, Si Ayah Berdekah Ketawa Sampai Tersedak

Ayah sampai tersedak nak gelak

Melihat telatah anak begitu teruja berpakaian wanita, bapanya yang sedang menjamu selera tersedak kerana menahan ketawa selepas mendengar bunyi suara seakan-akan perempuan. Ahli keluarga yang lain turut gagal menahan ketawa sehingga terbahak-bahak melihat aksi dua beranak itu. 

Happynya dapat keluarga macam ni…

Melihat ke ruangan komen, pelbagai reaksi diluahkan oleh netizen selepas menyaksikan video tersebut. Ramai yang cemburu dengan keakraban keluarga ini lebih-lebih lagi memiliki ayah seperti itu. Malah, tidak kurang juga ada yang kasihan dengan ayah diganggu sehingga terbatuk ketika makan. Siapa sangka, rakaman berdurasi 14 saat itu telah mendapat lebih 12 ribu retweets .


Adik Buat ‘Perangai Gila’ Sebab Boring, Si Ayah Berdekah Ketawa Sampai Tersedak Adik Buat ‘Perangai Gila’ Sebab Boring, Si Ayah Berdekah Ketawa Sampai Tersedak Adik Buat ‘Perangai Gila’ Sebab Boring, Si Ayah Berdekah Ketawa Sampai Tersedak

Sumber: Twitter piqicapieq


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!