Kata orang, jadi anak sulung ni bertuah sebab ada banyak kelebihan. Tapi hakikatnya, banyak rasa perit yang dipendam. Sejak kecil lagi dah ada tanggungjawab, kalau pergi ke mana-mana kena pantau adik-adik sekali. Kalau mereka buat hal sekalipun, abang atau kakak ‘long’ yang kena hadap bebelan mak ayah terlebih dahulu.
BACA :Â Patutlah Suka Sangat Buatkan Susu Adik, Si Abang Rupanya Curi Makan Susu Tepung
Dah 7 petang baru balik…Papa cakap pergi taman balik jam berapa?
Baru-baru ini, tular satu klip rakaman video di TikTok memaparkan 2 beradik ditegur kerana lambat pulang dari bermain di taman. Bahkan, Ahmad Shukri mempersoalkan kepada anak sulungnya mengapa tidak bawa adik perempuannya balik ke rumah sebelum jam 7 petang.
Orang ajak balik, tapi Fatimah asyik nak main je…susah betul nak jaga dia ni
Susulan pertanyaan itu, si abang bernama Muhammad Nasih jelaskan sudah ajak balik tapi adiknya yang enggan kerana mahu bermain di taman. Apabila disoal perkara sama, Fatimah malah akui perkara itu sambil senyum kepada bapanya. Namun paling tak disangka, anak sulung Shukri tiba-tiba meluahkan rasa frust terlalu sukar menjaga adik perempuannya itu.
@shukri1902 Membalas kepada @Orked Ali995 Yang ori lebih stress 😂
♬ bunyi asal – Ahmad Shukri Kamarudin – Ahmad Shukri Kamarudin
Fatimah, abang kau punyalah stres sampai menangis…dia boleh buat muka tak bersalah kat situ
Meninjau ke ruangan komen, netizen berseloroh rata-rata anak sulung sebenarnya selalu tertekan seperti diluahkan oleh Nasih. Dalam pada itu, mereka turut terhibur dengan reaksi Fatimah yang selamba buat muka tak bersalah dalam video berdurasi seminit tersebut.
Komen netizen
Komen netizen
Komen netizen
Kredit : TikTok shukri1902
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
