Hiburan Viral

Ain Edruce Tiba-Tiba Hulur Mikrofon, Suami Cuak Disuruh Berucap ‘On The Spot’

Ain Edruce Tiba-Tiba Hulur Mikrofon, Suami Cuak Disuruh Berucap ‘On The Spot’

Sharing is caring!

Hampir setahun melayari bahtera perkahwinan, pengacara dan pelakon Ain Edruce terus kelihatan bahagia di samping suaminya yang senang dikenali sebagai Amirul. Gelagat kedua-duanya boleh dikatakan masih seperti pengantin baru dan sering menjadi perhatian netizen khususnya peminat kepada selebriti ini.

BACA:Ā [FOTO] Rupa Bukan Ukuran, Ain Edruce Kini Selamat Bertunang Dengan Amirul

Lawak weh tengok muka terkejut Mirul bila Ain suruh bagi ucapan

Terbaru, tular satu video di Twitter memaparkan temuramah Ain dan juga suaminya di majlis resepsiĀ  Mira Filzah. Video berkenaan menyaksikan gelagat pelakon tersebut yang bersikap nakal mengusik suaminya secara tiba-tiba di hadapan kamera. Umum sedia maklum dengan perangai wanita berkenaan yang sering ‘gila-gila’ dan juga ceria.


Aku pantang dapat chance mesti nak kenakan Mirul

Walaupun riak muka Amirul pada awalnya dilihat agak terkejut, namun dia berjaya mengawal situasi dengan baik. Susulan video berkenaan yang tular, pengacara tersebut sempat berseloroh menerusi akaun media sosial miliknya mengakui dia sangat suka mencari peluang untuk menyakat suaminya tak kira masa.

Ain Edruce Tiba-Tiba Hulur Mikrofon, Suami Cuak Disuruh Berucap ‘On The Spot’

Ain Edruce Tiba-Tiba Hulur Mikrofon, Suami Cuak Disuruh Berucap ‘On The Spot’

 

Kadang-kadang rasa kesian kat Mirul tapi dia cool je

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat sangat terhibur dengan gelagat Ain. Walau bagaimanapun, mereka turut tumpang simpati dan juga meluahkan rasa kasihan kepada suaminya yang asyik diusik oleh pengacara berkenaan.


Ain Edruce Tiba-Tiba Hulur Mikrofon, Suami Cuak Disuruh Berucap ‘On The Spot’ Ain Edruce Tiba-Tiba Hulur Mikrofon, Suami Cuak Disuruh Berucap ‘On The Spot’ Ain Edruce Tiba-Tiba Hulur Mikrofon, Suami Cuak Disuruh Berucap ‘On The Spot’

Sumber: Twitter Nrlizzatiizazi & Ain EdruceĀ 

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini