Sejak akhir-akhir ini, Jebat Jayden yang merupakan anak kepada Noor Nabila serta Sharnaaz Ahmad semakin mendapat tempat di hati netizen. Baru berusia 3 tahun dan masih belum fasih bercakap, namun gelagat kanak-kanak comel itu sering kali menghiburkan ramai khususnya dari segi penggunaan Bahasa Melayunya yang kedengaran unik.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Baby beli air apa? Air soyaq…Apa tu air soyaq?
Dalam perkongsian terbaru di TikTok Noor Nabila, mereka difahamkan sedang berhenti di sebuah kedai kecil menjual air soya. Namun lucunya ketika sedang menunggu, Jayden telah menyebut perkataan “air soya” dengan “air soyaq” di mana ada pertambahan huruf Q di hujungnya ala-ala loghat masyarakat Utara.
Jadi rojak anakku oi
Terus melayan kepetahan anaknya ‘mengomel’, Noor Nabila tergelak ketika Jaydeen dilihat sempat mengajar semula bagaimana cara hendak menyebut “air soyaq” tersebut dengan betul. Belum 24 jam dimuat naik, rakaman berdurasi 37 saat ini sudah ditonton sebanyak 1.3 juta kali oleh netizen.
@noornabila00 Jadiiii rojak anakkku oi #jebatjayden #kidsoftiktok #fyp #fypシ
Yang air hang takmau pi tukaq jadi ayaq…Jebat keliru ni tercampur loghat Penang baba dia
Menerusi ruangan komen, ribuan netizen akui video Jebat itu cukup mencuit hati mereka. Tidak ketinggalan, ramai juga berseloroh budak berkenaan mungkin sedikit keliru kerana mencampuri lenggok loghat Penang yang selalu digunakan oleh bapanya, Sharnaaz.
Kredit : TikTok noornabila00
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
