Melahirkan cahaya mata tak dinafikan antara detik yang paling mendebarkan bagi setiap wanita mengandung. Bukan sahaja merasai keperitan yang tak terhingga, bahkan nyawa si ibu dan anak boleh berdepan pelbagai risiko sekali gus dinasihati agar berjumpa pakar perubatan. Namun apa yang dikesalkan, masih terdapat sesetengah masyarakat yang tidak mengambil berat terhadap perkara tersebut.
BACA: Hilang Ingatan Lepas Bersalin, Ibu Muda Pergi Tanpa Sempat Tatap Wajah Anak
Nyawa seorang ibu melayang bersalin di rumah…puncanya suami tak bagi bersalin di pusat perubatan
Menerusi luahan seorang ahli perubatan di Facebook, seorang ibu yang disifatkan suka tersenyum gagal diselamatkan apabila bersalin di rumah. Apa yang menyedihkan adalah ia terjadi bukan sebab kecemasan, sebaliknya si suami sendiri tak membenarkan isteri bersalin di pusat perubatan. Individu berkenaan turut mengakui runsing menyiapkan laporan insiden tersebut serta berikhtiar cara terbaik bagi mengatasi masalah sedimikian pada masa akan datang.

“Sekurang-kurangnya isteri saya syahid”…Bapa mentua pun turut kecewa & menyesal
Ketika ditemuramah semula, lelaki tersebut malah cuma menyatakan bahawa dia reda isterinya pergi dalam keadaan ‘syahid’. Selain pegawai kesihatan tersebut, kekecewaan juga jelas tergambar pada wajah bapa mentuanya saat mendengar kenyataan berikut. Mana tidaknya, anak perempuan yang diasuh rapi sejak kecil telah diperlakukan sebegitu oleh suaminya.

Semoga syurga buat si isteri…Namun suami juga pasti ditanya apa yang telah dilakukan terhadap ‘amanahnya’
Di hujung coretannya, individu ini berharap agar masyarakat boleh mengambil pengajaran daripada kisah suami isteri terbabit. Hal ini kerana ketua keluarga tetap akan disoal tentang setiap amanah yang dipertanggungjawabkan kelak.

Sumber: FB Alifnunwau Nymous
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura