Family

Ajal Di Lombong Bijih Timah, Isteri Dedah Gelagat Pelik Suami Sebelum Kejadian

Ajal Di Lombong Bijih Timah, Isteri Dedah Gelagat Pelik Suami Sebelum Kejadian

Sharing is caring!

Baru-baru ini, tular tentang seorang lelaki yang hilang ketika melakukan kerja mendulang bijih timah di sekitar Batu Kurau, Perak. Individu yang bernama Mohd Zakaria Yahaya akhirnya ditemui tidak bernyawa dengan keadaan yang membongkok di sebalik runtuhan sedalam 5 meter tanah pada tengah malam tadi.


BACA: Ajal Akibat Dijangkiti COVID-19, Doktor Sempat Tunaikan Solat Subuh Atas Katil

Asalnya suami seorang yang baran…Tak pernah tengok Allahyarham manja & lembut begitu

Menerusi portal Harian Metro, isterinya tidak menyangka gelagat yang ditunjukkan oleh lelaki itu merupakan petanda dia akan pergi buat selama-lamanya. Menurut Nur Aqila Mat, suaminya berubah menjadi individu yang sangat lembut dan manja meskipun hakikat sebenar dirinya agak baran. Selain itu, Allahyarham Mohd Zakaria sempat memberikan kucupan terakhir sebelum keluar bekerja.


Ajal Di Lombong Bijih Timah, Isteri Dedah Gelagat Pelik Suami Sebelum Kejadian

Ajal Di Lombong Bijih Timah, Isteri Dedah Gelagat Pelik Suami Sebelum Kejadian
Kredit Foto: Harian Metro

Mula risau apabila tak nampak kelibat suami…Telah tepat apabila Allahyarham ditemui ajal di situ

Wanita berusia 28 tahun itu menyatakan lelaki berkenaan melakukan kerja sampingan tersebut untuk menampung perbelanjaan keluarga. Dalam pada itu, dia mula cemas apabila menyedari kelibat suaminya tidak kelihatan meskipun malam telah tiba. Sejurus itu, Nur Aqila telah meminta salah seorang anak untuk mencari Mohd Zakaria di kawasan perlombongan tersebut. Namun, telahannya tepat selepas Allahyarham ditemui tidak bernyawa di sebalik runtuhan berkenaan.


Ajal Di Lombong Bijih Timah, Isteri Dedah Gelagat Pelik Suami Sebelum Kejadian

Ajal Di Lombong Bijih Timah, Isteri Dedah Gelagat Pelik Suami Sebelum Kejadian

Ajal Di Lombong Bijih Timah, Isteri Dedah Gelagat Pelik Suami Sebelum KejadianSumber: Portal Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!