Ajal Menjemput Ketika Cari Duit Kahwin, Ini Luahan Sayu Bakal Tunang

Menemui ajal di bulan Ramadan ketika sedang mencari duit demi menunaikan hasrat murni mendirikan rumah tangga, tragedi pemergian Mohd Hanafiee yang disamun dan dibvnuh sebelum dibuang  ke kawasan semak oleh dua orang penumpang telah mengundang simpati ramai orang. Selepas misteri kehilangannya terjawab, dilihat ramai kenalan dan ahli keluarga meluahkan rasa sedih atas pemergiannya, termasuklah bakal tunangnya, Asnida. 

BACA: “Dia Dah Berhenti Kerja..” – Pemandu Grab Disamun, Rakan Dedah WhatsApp Terakhir

Melalui Facebook, gadis ini telah meluahkan rasa sedihnya atas kehilangan teman lelakinya itu. Sukar menerima hakikat ini, namun Asnida akui dia perlu kuat dan berusaha untuk redha dengan pemergian lelaki itu. 

InsyaAllah pelan2 cuba terima walau perit 

Terima kasih untuk segalanya walau sementara 

Perkenalan selama enam tahun itu akhirnya berakhir begitu sahaja. Luahan gadis ini telah mengundang simpati ramai netizen. Di ruangan komen, mereka menitipkan doa dan kata-kata semangat buat gadis ini supaya terus kuat. 

Salam takziah.. Aku tau kau kuat 

Allah tidak akan uji di luar kemampuan kamu sis. Takziah

Sumber: FB Asnida Niedaa

Apa Komen Anda?