Cinta Viral

Akad Nikah Sederhana Cuma 10 Minit, Tok Kadi Siap Sediakan Sanitizer Elak Wabak

Akad Nikah Sederhana Cuma 10 Minit, Tok Kadi Siap Sediakan Sanitizer Elak Wabak

Sharing is caring!

Seperti kata orang tua, ‘kita hanya merancang, tetapi hanya tuhan yang menentukan’. Impak daripada penularan wabak pandemik COVID-19, banyak majlis perkahwinan yang telah dirancang awal terpaksa dibatalkan. Malah wang yang dilaburkan juga hangus begitu sahaja kerana perjanjian dengan perancang perkahwinan telah diaturkan.

BACA: Bagi Membendung Wabak COVID-19, Arab Saudi Sekat Kemasukan Jemaah Umrah


Akad Nikah Sederhana Cuma 10 Minit, Tok Kadi Siap Sediakan Sanitizer Elak Wabak

Tak sampai 10 minit majlis selesai

Dek kerana segala persiapan sudah disiapkan, sepasang pengantin yang tular di laman Twitter baru-baru ini terpaksa menjalankan akad nikah secara sederhana sebagai menghormati tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Upacara yang diadakan di pondok rumah ‘Tok Kadi’ itu hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja atas nasihat pejabat agama.

Akad Nikah Sederhana Cuma 10 Minit, Tok Kadi Siap Sediakan Sanitizer Elak Wabak

Akad Nikah Sederhana Cuma 10 Minit, Tok Kadi Siap Sediakan Sanitizer Elak Wabak

Nikah rumah tok kadi ada sanitizer lagi

Lebih menarik perhatian apabila ‘Tok Kadi’ turut menyediakan hand sanitizer untuk kegunaan pengantin dan tetamu yang hadir ke rumahnya. Malah, jarak kedudukan antara pengantin dan kadi juga dibataskan sehingga tiada sentuhan boleh dilakukan bagi mengelak daripada sebarang jangkitan. Menurut perkongsian itu lagi, segala proses dalam upacara akad nikah perlu dirakam sebagai rekod kepada pejabat agama.


Akad Nikah Sederhana Cuma 10 Minit, Tok Kadi Siap Sediakan Sanitizer Elak Wabak

Akad Nikah Sederhana Cuma 10 Minit, Tok Kadi Siap Sediakan Sanitizer Elak Wabak

Kenangan bersejarah untuk anak cicit nanti

Meskipun segalanya dibuat secara sederhana seperti yang sudah dianjurkan dalam Islam, ia pasti menjadi kenangan terindah buat pengantin untuk dikongsi bersama. Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan netizen pada posting tersebut. Tidak cukup dengan itu, mereka juga sempat memberi ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pengantin.

Akad Nikah Sederhana Cuma 10 Minit, Tok Kadi Siap Sediakan Sanitizer Elak Wabak Akad Nikah Sederhana Cuma 10 Minit, Tok Kadi Siap Sediakan Sanitizer Elak Wabak Akad Nikah Sederhana Cuma 10 Minit, Tok Kadi Siap Sediakan Sanitizer Elak Wabak Akad Nikah Sederhana Cuma 10 Minit, Tok Kadi Siap Sediakan Sanitizer Elak Wabak

Akad Nikah Sederhana Cuma 10 Minit, Tok Kadi Siap Sediakan Sanitizer Elak Wabak

Sumber: Twitter @Aanuaaar


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Akad Nikah Sederhana Cuma 10 Minit, Tok Kadi Siap Sediakan Sanitizer Elak Wabak

Sharing is caring!