Akak BTS Galak Ambil Trofi, Muka ‘Lain Macam’ Zul Ariffin Tertangkap Di Kamera!

Sejak semalam, tular di media sosial tentang aksi seorang ‘akak’ mewakili kumpulan K-Pop BTS yang galak mengambil trofi kemenangan di pentas ABPBH 32. Semangat yang ditunjukkan akak bernama Mastura ini semasa ingin memberi ucapan di pentas ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang terhibur, tak kurang juga yang berasa kurang senang melihat reaksi sakannya. 

BACA: [VIDEO] Curi Tumpuan Naik Pentas ABPBH, Akak Ni Rupanya ‘Orang Kuat’ Army BTS

Dalam pada itu, hangat diperkatakan di Twitter kini tentang reaksi spontan yang ditunjukkan Zul Ariffin semasa akak Mastura selesai mengambil trofi tersebut.

Zul Ariffin menang anugerah reaksi muka terbaik

Perkara itu menjadi tular selepas beberapa individu berkongsi rakaman tersebut di Twitter dan menyatakan reaksi muka Zul Ariffin yang muncul di hujung video seperti menggambarkan perasaan yang dirasai mereka ketika melihat aksi akak tersebut.

Reaksi Zul Ariffin adalah reaksi aku juga

Muka dia macam cringe disengat tebuan

Walaupun cameraman hanya memfokuskan reaksi Zul Ariffin selama beberapa saat sahaja, namun ramai perasan dengan air muka Zul Ariffin yang lain macam. Walaupun dia tersengih melihat akak Mastura turun dari pentas  dalam rakaman video tersebut, namun ramai yang mengaitkannya dengan perasaan jengkel dan menyifatkan respon aktor itu sebagai satu senyuman terpaksa. 

Ingatkan aku je yang perasan reaction Zul Ariffin

Bukan Zul Ariffin je, penyokong Korean pun boleh keliru

Sumber: Twitter jvyjvy_, klubbkiddkl, Youtube TV9MALAYSIA Official

Apa Komen Anda?