“Akak Nampak Nenek Hidup Balik!” – Gadis Kongsi Kisah Seram Mata Hijab Dibuka

Pernah tak terfikir bagaimana agaknya kalau kita dapat melihat atau pun mengesan makhluk lain yang tak tercapai dengan pancaindera biasa manusia? Hakikatnya, pandangan semua manusia terdiri daripada beberapa lapisan ‘hijab’, dan jika terbuka maka terlihatlah alam jin dan sebagainya. Namun ada sahaja sebilangan kecil manusia yang memiliki keistimewaan tersebut apabila hijabnya terbuka sejak kecil atau lahir lagi. Sama ada anugerah atau tidak, terpulang kepada setiap individu itu sendiri untuk menilainya.

BACA: “Aneyy Tingkat 20 Mana Ada Orang..” – Kisah Seram Pekerja Lif Kondo Setapak Ria

Sebenarnya letih hijab terbuka ni…tak boleh beza mana manusia mana benda lain

Seperti perkongsian di laman Twitter ini, seorang gadis telah meluahkan rasa letih gara-gara memiliki kebolehan tersebut. Hal ini kerana kadang-kadang dia sendiri keliru sama ada jasad yang dilihat di depan mata adalah manusia atau entiti lain. Tambahnya lagi, perkara itu hanya disedari olehnya semasa kecil dan pengalaman pertama bermula di rumah kampung halamannya.

“Kakak nampak nenek hidup balik. Dia senyum kat kakak!”

Menurut gadis ini, ada satu kejadian pelik berlaku ketika dia sedang mandi pada suatu petang. Kebetulan kawasan air telaga itu amat dekat dengan sinki rumah, pada awalnya dia perasan datuknya sedang membasuh pinggan sebelum beredar semula ke ruang tamu. Tidak lama selepas itu, dia terlihat pula kelibat neneknya melakukan rutin sama di sinki tersebut. “Bukan nenek dah meninggaI ke?”

Gambar sekadar hiasan

Orang cakap itu anugerah…tapi mereka takkan faham apa yang saya lalui

Sejak daripada kejadian yang seram itu, gadis ini trauma untuk masuk ke ruangan bilik tidur neneknya sehinggalah dia masuk ke alam sekolah menengah. Meskipun ada pihak yang menyatakan perkara itu adalah anugerah istimewa buat dirinya, namun dia tidak berasa bangga pun. Malah dia juga sudah biasa dipanggil sebagai giIa oleh orang lain kerana mereka tidak memahami apa yang dirasai olehnya. Gadis ini juga pernah berdepan dengan pelbagai lagi kisah pelik sepanjang hidupnya dan bakal dikongsikan lagi di masa akan datang.

Sumber: Twitter nightfury1001

Apa Komen Anda?