Viral Cinta

Akibat Frust Putus Cinta, Gadis Bimbang Kawan Sampai 3 Hari Tak Jamah Makanan

Akibat Frust Putus Cinta, Gadis Bimbang Kawan Sampai 3 Hari Tak Jamah Makanan

Sharing is caring!

Dilema putus cinta adalah antara kejadian yang paling perit dalam hidup seseorang. Akan tetapi, perasaan sedih itu tidak boleh dilayan terlalu lama kerana bimbang pula boleh memudaratkan kesihatan dan mendorong kepada perkara yang lebih teruk. Mungkin itulah yang dibimbangkan oleh gadis ini apabila rakannya dalam keadaan tidak terurus.

BACA: Duduk Diam Pakai Seat Belt, Tak Sangka Si ‘Oyen’ Behave Buat Netizen Geram Pula

Kawan dah 3 hari tak makan apa-apa… bagaikan tak mampu berhenti menangis

Menerusi aplikasi TikTok, Mutia Adelia Putri mendedahkan bahawa rakannya sudah 3 hari tidak menjamah apa-apa makanan akibat frust putus cinta. Gadis berbaju kelabu berkenaan asyik mengelap air matanya dengan sehelai tisu bagaikan tidak mampu untuk berhenti menangis. Apabila melihat telefon bimbitnya, dia bingkas bangun dan pergi ke bilik air. Tidak lama kemudian, gadis terbabit kembali semula ke tempat duduk mereka dan sambung menangis di sisi Mutia.


@cutehhhh

🥺😭 #fyp #sad

♬ Konser Rossa – camilaa🦋

Menangislah sepuas-puasnya… Untung dia dapat kawan yang baik macam ni

Selain memberikan semangat, ramai juga netizen boleh memahami perasaan sedih yang dirasakan oleh gadis berkenaan kerana mereka juga pernah melaluinya. Ada juga antara netizen yang memuji tindakan Mutia kerana berada di sisi rakannya dalam situasi pilu itu. Secara keseluruhannya, video berdurasi kurang seminit berkenaan mendapat lebih 4 juta tontonan di TikTok setakat ini.

Akibat Frust Putus Cinta, Gadis Bimbang Kawan Sampai 3 Hari Tak Jamah Makanan

Akibat Frust Putus Cinta, Gadis Bimbang Kawan Sampai 3 Hari Tak Jamah Makanan


Akibat Frust Putus Cinta, Gadis Bimbang Kawan Sampai 3 Hari Tak Jamah Makanan

Akibat Frust Putus Cinta, Gadis Bimbang Kawan Sampai 3 Hari Tak Jamah Makanan

Sumber: TikTok Mutia Adelia Putri


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!