Viral

Akibat Terlanjur, Pelajar Berpantang Dalam Lokap Minta Guru Cadangkan Nama Bayi

Akibat Terlanjur, Pelajar Berpantang Dalam Lokap Minta Guru Cadangkan Nama Bayi

Sharing is caring!

Pembangunan insan seharusnya bermula daripada peringkat akar umbi. Justeru itu, tidak dapat dinafikan bahawa profesion perguruan memainkan peranan penting dalam melahirkan insan berguna di masa hadapan. Malah tanggungjawab besar yang dipikul oleh setiap guru itulah membuatkan pekerjaan tersebut menjadi mulia. Perkara ini turut dirasai oleh seorang pendidik bernama Jefri Ali saat menerima arahan untuk berkhidmat di sebuah Sekolah Integriti, Penjara Pusat Kota Kinabalu Sabah.

BACA : Gadis Panik Tak Datang Haid 3 Bulan, Sempat Merayu Minta Pil Gugur Pada Doktor

Peroleh pengalaman berharga dalam mengenal erti hidup

Menurut Jefri, pelbagai pengalaman yang diperolehinya saat berkhidmat sebagai seorang guru di sekolah berkenaan dan secara tidak langsung mengajarnya erti kehidupan. Ujarnya lagi, sudah menjadi tanggungjawab guru di situ selain mengajar, mereka juga perlu membuat sesi kaunseling dan bicara daripada hati ke hati.


Akibat Terlanjur, Pelajar Berpantang Dalam Lokap Minta Guru Cadangkan Nama Bayi

Akibat Terlanjur, Pelajar Berpantang Dalam Lokap Minta Guru Cadangkan Nama Bayi
Gambar Sekadar Hiasan

Simpati dengan nasib anak dalam kandungan

Bercerita dengan lebih lanjut, beliau ada menerima kedatangan seorang pelajar wanita yang sedang sarat mengandung di atas kesalahan ‘ambil barang’. Namun lebih menyentuh hatinya adalah saat mengenangkan nasib malang yang ditanggung gadis berkenaan. Kata gadis itu, perkara tersebut berlaku dek kerana kealpaan yang terlalu mengikut nafsu remaja sehingga terlanjur bersama teman lelakinya.

Akibat Terlanjur, Pelajar Berpantang Dalam Lokap Minta Guru Cadangkan Nama Bayi

Akibat Terlanjur, Pelajar Berpantang Dalam Lokap Minta Guru Cadangkan Nama Bayi
Gambar Sekadar Hiasan

 

Anak tak berdosa terpaksa tinggal dalam tirai besi

Jefri bagaimanapun turut meluahkan rasa syukur apabila pelajar berkenaan selamat melahirkan bayi perempuannya pada Januari lalu. Namun begitu, lebih menyesakkan jiwanya adalah bayi comel berkenaan terpaksa tinggal bersama ibunya yang dalam pantang di sebalik tirai besi itu.

Akibat Terlanjur, Pelajar Berpantang Dalam Lokap Minta Guru Cadangkan Nama Bayi

Akibat Terlanjur, Pelajar Berpantang Dalam Lokap Minta Guru Cadangkan Nama Bayi

Sudah-sudahlah dengan aktiviti tak bermoral

Dalam pada itu, guru ini turut menasihati anak-anak muda agar tidak terlibat dan hanyut dalam aktiviti yang tidak bermoral. Hal ini kerana, zaman remaja sentiasa dihiasi dengan semangat berkobar-kobar dangan keberanian luar biasa. Beliau bagaimanapun berharap agar perkongsiannya ini dapat memberi kesedaran serta membuka mata banyak pihak mengenai isu ini.


Akibat Terlanjur, Pelajar Berpantang Dalam Lokap Minta Guru Cadangkan Nama Bayi

Sumber : Facebook Jefri Ali


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!