Viral

Gelagat Sepasang Couple Makan & Minum Tak Cabut Face Mask Dilihat Menyeramkan

Gelagat Sepasang Couple Makan & Minum Tak Cabut Face Mask Dilihat Menyeramkan

Sharing is caring!

Ekoran risiko yang dibawa pandemik COVID-19, kebanyakan negara telah mewajibkan rakyat sentiasa memakai face mask terutamanya ketika berada di tempat awam. Selain penjarakkan sosial dan pemakaian hand-sanitizer, amalan tersebut juga sangat efektif sebagai langkah melindungi diri daripada wabak tersebut. Akan tetapi, setiap individu perlu tahu cara pemakaian pelitup muka dengan betul.


BACA: Lif Pun Touchless, Mall Guna SOP Teknologi Canggih Buat Ramai Terpukau

Makan di restoran tanpa cabut face mask…Gelagat sepasang couple ini dilihat ‘menyeramkan’

Menerusi aplikasi TikTok, pengguna akaun @boiohboii sempat merakam gelagat sepasang lelaki dan wanita yang agak pelik ketika bertandang di sebuah restoran makanan Itali di Amerika Syarikat.  Berdasarkan video tersebut, lelaki berbaju kuning itu dilihat sedang menikmati hidangan spageti manakala wanita tersebut pula meneguk minuman menerusi topeng muka yang dipotong khas. Telatah mereka mencuri tumpuan kerana sekali pandang agak ‘menyeramkan’.


@boiohboii

dinner date, but make it safe 😉 😷 #carrabbas

♬ original sound – boiohboii

Seram tengok cara perempuan tu pandang…Tapi bagus sebab tahu menjaga diri

Walau bagaimanapun, aksi si perakam ini hampir diketahui apabila wanita tersebut memandang ke arahnya secara tiba-tiba. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen agak terkejut dan rasa menyeramkan apabila melihat jelingan berkenaan. Walau bagaimanapun, mereka turut bersetuju dengan tindakan couple itu yang masih mengambil berat terhadap penjagaan kesihatan masing-masing. Secara keseluruhannya, video tersebut telah tular dan berjaya meraih lebih sejuta jumlah tontonan setakat ini.


Gelagat Sepasang Couple Makan & Minum Tak Cabut Face Mask Dilihat Menyeramkan

Gelagat Sepasang Couple Makan & Minum Tak Cabut Face Mask Dilihat Menyeramkan

Gelagat Sepasang Couple Makan & Minum Tak Cabut Face Mask Dilihat Menyeramkan

Sumber: TikTok boiohboii

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!