Isu Semasa

Aktiviti Perniagaan Ditamatkan, Simpang Rengam Diisytiharkan Total Lockdown

Aktiviti Perniagaan Ditamatkan, Simpang Rengam Diisytiharkan Total Lockdown

Sharing is caring!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat jumlah 83 rekod positif jangkitan COVID-19 di Daerah Kluang. Daripada jumlah itu, 61 melibatkan Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Rengam, Kluang, Johor. Sehubungan itu, daerah Kluang telah mencatatkan jumlah yang tertinggi di kawasan tersebut.

BACA: [VIDEO] Isteri Sibuk Kerja Rawat COVID-19, Bapa Terpaksa Masak Sup Dinosaur

Bermula dari kenduri kahwin

Wabak berjangkit ini bermula daripada majlis kenduri kahwin dan tahlil yang diadakan pada 15 Mac di Bandar Baru Ibrahim Majid yang telah dihadiri oleh jemaah tabligh Sri Petaling. Pada awalnya, hanya dua individu disahkan positif COVID-19, kini merebak sehingga melibatkan kira-kira 3,570 penduduk di kawasan sekitarnya.


 

Aktiviti Perniagaan Ditamatkan, Simpang Rengam Diisytiharkan Total Lockdown

Aktiviti Perniagaan Ditamatkan, Simpang Rengam Diisytiharkan Total Lockdown

Aktiviti Perniagaan Ditamatkan, Simpang Rengam Diisytiharkan Total Lockdown

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Semalam, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) diperketatkan bermula tengah malam tadi hingga 9 April 2020 yang melibatkan 3,570 penduduk tempatan daripada 650 buah keluarga. Dengan langkah utama bagi membendung jangkitan COVID-19 daripada terus menular keluar dari kawasan tersebut dan memudahkan aktiviti pengesanan dari rumah ke rumah dilakukan sepanjang 14 hari ini.

Aktiviti Perniagaan Ditamatkan, Simpang Rengam Diisytiharkan Total Lockdown

Semua aktivit perniagaan dihentikan

Oleh itu, semua penduduk dan pelawat yang berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh ini dan semua aktiviti yang melibatkan perniagaan dihentikan. Namun begitu, makanan asas yang mencukupi akan dibekalkan kepada semua penduduk serta pangkalan perubatan akan dibuka di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


Aktiviti Perniagaan Ditamatkan, Simpang Rengam Diisytiharkan Total Lockdown

Sumber: Twitter KKMHarianMetro


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Aktiviti Perniagaan Ditamatkan, Simpang Rengam Diisytiharkan Total Lockdown

Sharing is caring!