“Aku Bukan Tahu Beranak Je”-ShakiIla Khoriri Muak Dihina ‘Gemok’ Lepas Bersalin

Sudah menginjak usia tiga bulan, kecomelan anak kepada pas4ngan selebriti Shakilla Khoriri dan Fizi Ali semakin menjadi perhatian ramai. Selepas melahirkan anak, Shakilla telah memperlahankan karier seninya untuk memberi perhatian yang penuh kepada Ameena Sofia memandangkan mereka tidak menggunakan khidmat pembantu rumah. Seperti wanita lain, dia juga sedang mengalami perubahan fasa dalam kehidupannya. 

BACA: “Badan Rosak, Macam Badak” – Ini Luahan Shakilla Khoriri Lepas Sebulan Bersalin

Ibu mana yang taknak kelihatan cantik dan langsing selepas melahirkan anak? Namun kadangkala mereka tersepit dengan masalah kekangan masa kerana bayi masih kecil dan memerIukan perhatian mereka. Sebab itulah mereka terpaksa mengorbankan masa untuk ‘membuat’ diri kerana tanggungjawab sebagai ibu itu lebih penting.

Itulah yang dirasai Shakilla Khoriri saat ini. 

Nak masuk 3 bulan macam2 perubahan dia aku nampak

Kalau saya ni gemok kena hina dengan netizen

Aku bukan tahu beranak lepastu bagi maid jaga, aku pi melaram 

Lain orang lain cara.. jangan sibuk kata macam2 

 

Shakilla telah meluahkan perasaannya itu apabila ada segeIintir netizen yang menghina dirinya tidak berpenampilan menarik selepas melahirkan anak. 

Terkini, Shakilla ada merancang untuk bersukan demi menurunkan berat badan.

Malam ni nak pergi badminton boleh? You tolong jaga anak

Pernah menyatakan kehidupannya berubah 360 darjah sejak mempunyai anak, Shakilla sering membuat luahan perasaan dan berkongsi rutin kehidupannya kini sebagai suri rumah di ruangan media sosial. 

Sekarang waktu makan aku jadi makin tak penting

View this post on Instagram

#💋• . Dikala menjelang waktu berbuka, orang berpusu2 kearah makanan. Berebut2 ambil makanan yang dekat buffet tu takut habis atau tak sabar nak makan. Ye lah.Faham. Seharian tak makan. Tu kalau silap sikit confirm kena tu 😜 . . Tahun ni, Tahun ke 2 aku berpuasa sebagai Isteri dan tahun pertama sebagai MAK. . Tak banyak beza pun since aku bukan orang yang sesuai untuk diajak party makan.Lagi2 kalau pi buffet. Rugi duit kau ! Cuma tahun ni puasa aku dengan budak kecil ni, yang sampai sekarang bila aku tengok dia, Aku masih tak percaya budak ni dok ada dalam perut aku 9 bulan sampai terlebih2 hari. Masih tak percaya budak ni anak aku dan berbintikan laki aku . Haishh.. 🤭 . . Sekarang waktu makan aku jadi makin tak penting bila budak special ni ada. Apa2 pun dia aku dulu kan. Air suam pun rasa terlalu cukup masa berbuka bila waktu azan dia pun seolah2 'azan' untuk aku ambil dia. . Kalau kira nak stress, cepat2 aku fikir. Waktu macam ni tak lama. sekejap je. And of course aku akan rindu. . . Waktu ni sebelah table aku ada chinese mother of 3. Aku curi tengok dia uruskan anak. Walaupun ada helper tapi dia still look struggle.Aku tak nampak kelibat suami dia pulak.Mungkin kerja. Tiba aku rasa sedih. Fikir balik pengorbanan EMAK. Hot mana pun kau bila jadi MAK kau still kena berpijak dibumi nyata which is kau urusakan anak kau. Bukan kau bagi helper atau mak atau mertua kau jaga sampai anak kau besar. . Hilang rasa stress bila aku tahu dan aku percaya seluruh EMAK begitu dan begini bila ada anak. Aku jadi kagum. Lebih pada bangga. Sebab hari ni aku adalah EMAK 💪🏻😋

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

2 bulan ni aku perhambakan diri untuk Ameena

View this post on Instagram

#💋• . Semalam bila Fizi cakap aku dok rumah dah macam bibik. Eh…terasa pulak hati jantung aku. . Tapi bila tengok keadaan aku dalam cermin dengan serba serbi tak sempat, hilang rasa nak sentap tu. True. Macam bibik malah lebih teruk dari bibik. Aku dah lupa macam mana pakaian cantik atau makeup. Sungguh. . Bukan tak nak berhias atau semenggah sikit kat rumah cuma kehidupan aku bertukar 360 darjah tibe2 lepas ada @ameenasofia_ 😅 . . Aku admit lah best ada ahli baru tapi untuk 2 bulan ni aku perhambakan diri untuk Ameena Sofia supaya aku betul2 kenal dia dan dia biasa dengan Aku & Fizi. . . So rutin biasa setiap 9 pagi aku berperang dengan Ameena. Bukan dia tak behave masa mandi tapi dia lupa dia baru sebulan , dia punya tendang,menyembang lagi dengan angkat kepala tu masayallah. Naik berketul bicep aku.😂 . . . Ameena nampak selesa lepak mandi dalam tub @aquascalemalaysia tu okayyyy….

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

Sumber: IG shakillakhoriri

Apa Komen Anda?