Sering terpalit dengan pelbagai isu rumah tangga sejak tahun lepas, siapa sangka kehidupan PU Abu Sufyan seakan berputar 360 darjah saat berita pernikahannya kali kedua berakhir. Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya dia kini membuka mulut menceritakan perihal dirinya yang dikatakan tidak layak untuk digelar sebagai seorang ‘ustaz’.
“Aku Bukan Ustaz”-Mengaku Malu Kerana Calarkan Maruah Keluarga, PU Abu
BACA:Â Hana Azraa Akhirnya Mengaku Berpisah Dengan PU Abu, Rayu Enggan Dikaitkan Lagi
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Kecewa bila maruah keluarga tercemar
Melalui posting di laman Instagram, PU Abu mengakui kecewa dan letih apabila sering dikaitkan dengan bermacam kontroversi. Malah, bapanya juga merupakan seorang yang disegani di kawasan tempat tinggalnya. Hal tersebut sedikit sebanyak telah mencalarkan nama baik keluarganya itu.
Tak layak digelar sebagai seorang ustaz
Tidak cukup dengan itu, pendakwah bebas ini juga sedar bahawa dia bukanlah role model yang terbaik buat masyarakat. Dia juga menegaskan bahawa gelaran PU itu sendiri tidak layak buat dirinya apalagi dipanggil sebagai seorang ustaz. Malah disebabkan gelaran tersebut, semua rakan seperjuangan turut terpalit dengan kesilapan dirinya.
Tak adil masyarakat sering menghukum
Menurutnya lagi, masyarakat seakan ‘buta’ untuk mengadili setiap kesalahannya meskipun permohonan maaf sudah acap kali dibuat. Malah dia juga memohon supaya diberikan ruang untuk membetulkan segala khilaf. Menyentuh soal rumah tangganya, PU Abu enggan menjadikan platform media sosial sebagai tempat berkongsi hal peribadinya. Hal ini kerana dia sedar pasti akan ada lebih banyak buruk daripada baiknya.
Sumber: Instagram Abu Sufyan Mokhtar
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura