Isu Semasa Inspirasi

[VIDEO] Kerap Ingkar PKP, Keluarga Nekad Panggil Polis Untuk ‘Sekolahkan’ Anak

[VIDEO] Kerap Ingkar PKP, Keluarga Nekad Panggil Polis Untuk ‘Sekolahkan’ Anak

Sharing is caring!

Hari ini merupakan hari yang ke-20 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Arahan tersebut dibentuk bagi memastikan rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan. Namun, masih ada lagi segelintir rakyat Malaysia yang masih ingkar dengan arahan tersebut sehingga ada yang sanggup betindak luar kawalan dengan pihak berkuasa.

BACA : Terkesan Tempoh PKP, Nelayan Tua Hanya Mampu Makan Nasi Dengan Garam


[VIDEO] Kerap Ingkar PKP, Keluarga Nekad Panggil Polis Untuk ‘Sekolahkan’ Anak
Gambar sekadar hiasan

Kalau sekali tidak mengapa, ni dah berkali-kali..

Dalam pada itu, kedegilan seorang remaja ingkar arahan PKP di Lenggong, Perak telah menyebabkan keluarganya terpaksa mendapatkan bantuan anggota polis. Menerusi video yang tular di media sosial, seorang pegawai polis dikenali sebagai Supritendan Ismail Che Isa  telah menegur remaja berkenaan yang sudah beberapa kali tertangkap kerana keluar rumah sepanjang tempoh PKP. Apa yang mengharukan adalah setiap kata-kata pegawai polis itu tidak ubah seperti seorang ayah menasihati anaknya.

[VIDEO] Kerap Ingkar PKP, Keluarga Nekad Panggil Polis Untuk ‘Sekolahkan’ Anak

Jumpa saya di balai lima tahun lagi..

Remaja berusia 15 tahun itu merupakan anak sulung dan telah kematian bapa. Supritendan Che Isa juga menasihati remaja itu untuk rajin belajar supaya dapat mengubah nasib keluarganya satu hari nanti. Dalam pada itu, pegawai polis berkenaan turut mencabar remaja tersebut agar bertemu dengannya dalam tempoh lima tahun lagi bagi membuktikan dia mampu berjaya melangkah ke menara gading.


Sumber : Facebook Perak Gazette


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini