Family Kehidupan Viral

“Aku Dah Nak Menopause”- Sayangkan Along, Gadis Cantik Menangis Tak Izin Kahwin

“Aku Dah Nak Menopause”- Sayangkan Along, Gadis Cantik Menangis Tak Izin Kahwin

Seringkali kita dengar hubungan adik-beradik ibarat air yang dicencang tidak akan putus. Sudah tentu ada yang terlalu akrab sehinggakan apa sahaja perkara mahu dilakukan bersama-sama. Justeru itu, moment sedih boleh terjadi apabila salah seorang bakal mendirikan rumah tangga.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, along tak payah kahwin

Baru sahaja tular di TikTok video yang dikongsikan pada sambutan Raya bulan lalu, seorang gadis sedang bersalam-salaman bersama ahli keluarganya. Namun, suasana tersebut tidak semena-mena bertukar apabila si cantik itu mahu menyalami abangnya. Dalam pada itu, ibu bapa pula hanya tersenyum melihatkan gelagat dua anak mereka tersebut.

“Aku Dah Nak Menopause”- Sayangkan Along, Gadis Cantik Menangis Tak Izin Kahwin

Aku yang nak kahwin kau tak kasi. Kau pergi nikah cepat

Menerusi klip video tersebut, gadis berkenaan terus menangis sambil meluahkan enggan izin abangnya untuk berkahwin. Lantas si ibu terus menegur dan tegaskan kasih sayang lelaki berkenaan tidak akan berubah meskipun sudah berumah tangga kelak. Walau bagaimanapun, wanita berkenaan sempat juga dilihat mengesat air mata melihat eratnya pertalian dua beradik tersebut.

@aloydunkaers

Aloy always aloy la hahahahha #fyp

♬ original sound – Bukan bunga – Bunga layu

Nanti along dia dah kahwin mesti dia tak boleh nak bermanja lagi

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen seakan-akan faham dengan perasaan si gadis itu yang merasakan kasih sayang lelaki tersebut akan berbelah bahagi. Dalam pada itu, ramai juga beranggapan kelak tiba waktu si adik berumah tangga, abang pula akan merasai yang sama.

“Aku Dah Nak Menopause”- Sayangkan Along, Gadis Cantik Menangis Tak Izin Kahwin

“Aku Dah Nak Menopause”- Sayangkan Along, Gadis Cantik Menangis Tak Izin Kahwin

“Aku Dah Nak Menopause”- Sayangkan Along, Gadis Cantik Menangis Tak Izin Kahwin

Kredit: TikTok Bunga Layu

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Aku Dah Nak Menopause”- Sayangkan Along, Gadis Cantik Menangis Tak Izin Kahwin

Facebook

Telegram