MUA Bella dikenali sebagai seorang wanita yang tidak kenal putus asa dalam mengubah kehidupan sendiri. Jika dahulu dia pernah hidup susah sebagai seorang anak nelayan, kini namanya begitu dikenali di serata Malaysia. Meskipun sudah kaya raya, sikap humble Bellaz sentiasa menjadi perhatian ramai. Bahkan di media sosial, perangai ‘gila-gila’ terutamanya ketika bersama suami dan anak tercinta terlihat cukup bahagia.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Jaga-jaga makan aiskrim…Kosyennn kosyennn…Adik tepi tangan tu
Dalam perkongsian terbaru di ruangan TikTok, anak ketiganya iaitu Muhammad Aisy Ean Yusuf terlihat sedang makan aiskrim dengan abangnya. Lucunya, MUA Bella bertindak memantau situasi berkenaan dengan ketat tak ubah seperti seorang polis yang sedang bertugas.
Aku penampaq balik Tanjung Dawai…Pi duduk bawah..Dok diam-diam…Jom mandi
@muabellaz Jaga jaga konsyennn konsyenn
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Mak-mak memang lagu tu kan…Masa anak makan aiskrim, saya suh dok kat pintu…Biaq menitik kat luaq ja
Menjana lebih setengah juta tontonan, ramai netizen khususnya golongan ibu begitu memahami apa yang dilakukan oleh jurusolek terkenal itu. Bahkan ada juga yang akan menyuruh anak mereka terus makan di luar rumah atau pintu supaya perabot dalaman tidak kotor terkena sisa aiskrim.
Kredit : TikTok MUA Bellaz
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
