“Aku Pernah Tunggu Ayah Jemput Dari Sekolah 2 Jam, Lupa Pula Dia Dah Takde..”

Hati mana yang tidak merasa sedih apabila ibu ayah yang amat disayangi pergi dijemput Illahi. Ketika waktu itu tiba, mungkin kita akan mengambil masa untuk menerimanya. Sama juga dengan situasi yang berlaku pada gadis bernama Tasha ini. Nampaknya, pemergian ayah tercinta masih lagi berbekas di hatinya. Sehingga kini, dia kadangkala terlupa bahawa ayahnya sudah pergi buat selama-lamanya. Perkara itu didedahkan menerusi Twitter miliknya dan telah mendapat hampir 10,000 retweets.

Baca : Harap Bini Buat Semua Kerja Rumah? Baik Tak Payah Kahwin Kalau Nak Jadi King!

Menurut Natasya, dulu Allahyarham ayahnya sering menghantarnya ke sekolah. Namun selepas pemergiannya, Tasha terpaksa menggunakan kenderaan awam untuk pergi ke mana-mana. Dia pernah menunggu ayahnya menjemput pulang dari sekolah selama 2 jam, walhal orang tuanya itu sudah tiada lagi.

Bukan itu sahaja, Tasha juga pernah menelefon ayahnya untuk minta dijemput dek kerana tidak mempunyai wang menaiki teksi. Apabila panggilan dibuat, tiada siapa yang menjawab. Ketika itulah Tasha sedar ketiadaan ayahnya. Betapa rindunya Tasha kepada seorang lelaki bergelar ayah ini.

Tasha juga pernah beria-ia mahu makan di kedai makan mamak bersama ayahnya lepas kembali dari sekolah. Bila difikirkan semula, nampaknya dia sekali lagi terlupa semua itu tinggal harapan semata-mata. Pahit untuk ditelan sehingga kini. Namun itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh Tasha. Membaca kisah ini, ramai yang meluahkan simpati kepada Tasha. Dalam masa yang sama, ramai juga netizen yang sempat berkongsikan pengalaman sama tatkala lupa bahawa ibu bapa atau ahli keluarga tercinta sudah pun tiada.

Aku pernah excited dapat award dari sekolah…Masuk bilik nak bagitau ayah…Tengok katil kosong

Selalu tunggu mak aku datang ambil report card…Aku teringat dia takde dari kecil

Aku nak call bapak aku sebab nak tanya khabar…Pastu mak bising…Aku lupa ayah dah takda

Sumber : Twitter Tasha

Apa Komen Anda?