“Aku Pun Terkejut Diorang Malu2..” – Adik Nadzmi Adhwa Respon Isu Sarung Cincin

Sejak diijabkabulkan pada tarikh keramat 1 September 2019 yang lalu, pernikahan pelakon muda Nadzmi Adhwa bersama rakan baiknya Ardell Aryana telah menjadi tumpuan ramai. Mana taknya, dah berkali-kali bagi hint nak kahwin dengan wanita berusia 29 tahun itu, akhirnya mereka disatukan juga dalam majlis sederhana di kediaman pengantin perempuan. Pun begitu, video rakaman yang menampilkan Nadzmi ingin menyarungkan cincin ini telah menjadi tular dan hangat dibincangkan di laman sosial.

BACA: Malu2 Saat Sarung Cincin Dikritik Drama Saja, Peminat ‘Backup’ Ardell & Nadzmi

View this post on Instagram

😘 #adhwardell

A post shared by Jaydee Mohamad (@jaydeesm) on

Date malam-malam…tapi sarung cincin malu macam tak pernah jumpa

Meskipun ramai yang menyatakan moment spontan tersebut sangat manis dan istimewa dalam perkahwinan mereka, namun ada juga netizen yang berpandangan sebaliknya. Kata golongan ini, mereka seolah-olah sengaja melakonkan adegan ‘malu-malu’ tersebut sedangkan mereka sudah berkenalan dan sering keluar bersama sejak 8 tahun yang lalu.

Aku pun terkejut diorang malu2…memang diorang mesra kat luar tapi tak pernah bersentuhan

Terpanggil dengan bermacam kritikan negatif tersebut, adik kepada pelakon drama ‘Cinta Roller Coaster‘ ini telah memberikan respon menerusi paparan di IG Story miliknya sebentar tadi. Selaku orang yang mengenali kedua-dua selebriti tersebut, Nadzim Adzham memberitahu bahawa babak yang viral tersebut berlaku tanpa dirancang oleh mana-mana pihak sekalipun. Selain itu, dia turut memuji sikap Nadzmi dan Ardell yang sentiasa menjaga batas dalam pergaulan mereka sepanjang perkenalan mereka sehingga hari ijab kabul ini.

Sumber: IG nadzimadzham

Apa Komen Anda?