‘Aku TinggaIkan Ex Sebab Dia Pemalas. Kalau Bukan Sebab Aku, Dia JobIess’

Selain bertanggungjawab, rajin dan penyayang, seorang wanita pastilah menginginkan lelaki yang mempunyai visi yang jelas dalam menentukan masa depannya untuk dijadikan sebagai suami. Kebiasaannya, semua perkara itu dinilai wanita semasa proses bercinta. Jika teman lelaki mereka tidak memiliki harta sekalipun, mereka pasti sanggup membantu dan mengharungi detik susah senang bersama demi menjayakan hubungan.

BACA: Apa Lagi Lelaki Nak? Dah Dapat Wanita Yang Hot & Cantik Pun Berpisah Juga..

Gambar sekadar hiasan

Begitu juga yang dirasai dengan seorang wanita ini. Akan tetapi, dia telah memutuskan hubungan cintanya kerana mendapati teman lelakinya seorang yang pemaIas dan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik. 

Aku tinggalkan ex aku sebab dia tak nak kerja

Bekas teman lelakinya itu tidak memiliki pendidikan yang tinggi, sebaliknya hanyalah sijil SPM. Kini dia bekerja sebagai seorang jurujuaI di sebuah pusat membeli-belah. Malah difahamkan jika bukan kerana wanita ini, lelaki itu berkemungkinan sedang menganggur ketika ini. 

Sambung belajar bidang undang2, takkan nak kahwin dengan jurujual?

Taraf pendidikan bukanlah sebab utama wanita ini memutuskan hubungan mereka sebaliknya kerana sikap pemalas lelaki tersebut yang tidak mahu bekerja. Bila ditanya apakah perancangan masa depannya, lelaki itu hanya menjawab akan bekerja sebagai jurujual di pusat membeli-belah itu sampai bila-bila. 

Dahlah miskin, pemalas pula tu

Gambar sekadar hiasan

Miskin takpe, asalkan rajin improve diri

Kalau kaya tapi maIas buat apa?

Luahan wanita ini bukanlah untuk membuka pekung di dada tapi lebih kepada perkongsian pengalamannya yang boleh diambil sebagai pengajaran. Bagi dirinya, seorang lelaki itu perlulah  berusaha keras untuk mengubah kehidupannya ke arah yang lebih stabil walaupun tidak kaya dan berpendidikan tinggi kerana itu semua bukan ukuran utama. 

Jenis jantan macam ni merendahkan perempuan

Perkongsian gadis ini mengundang persetujuan ramai netizen yang rata-rata menyokong pendapatnya di ruangan komen. Mereka juga memuji keberaniannya yang nekad mengakhiri hubungan mereka kerana sikap pemaIas lelaki itu. 

Sumber: Twitter Zayra

Apa Komen Anda?