Hiburan Viral

Akui Lebih Kerap Mandi Sejak Masuk ‘GV8’, Upiak Dedah Pernah Tak Mandi 10 Hari

Akui Lebih Kerap Mandi Sejak Masuk ‘GV8’, Upiak Dedah Pernah Tak Mandi 10 Hari

Pernah tular suatu ketika dahulu dengan lagu berjudul ‘Tak Tun Tuang’ yang mengandungi lirik “aku belum mandi”, siapa sangka penyanyi dari Indonesia bernama Upiak sememangnya jarang-jarang mandi. Perkara ini ternyata mengejutkan kebanyakan netizen, namun dia dikatakan telah berubah.


BACA: Tersilap Nyanyi Lagu Sendiri Di Pentas GV8, Upiak Tak Kuat Dikecam Orang

Kita cantik pun orang jarang tengok…Jadi diri sendiri  tak payah fikir kena buat apa nak buat orang suka kita

Dalam satu temu bual di sekitar konsert ‘GV8’ minggu 4 yang lalu, Upiak diajukan soalan mengenai perasaannya setelah mendapat ramai pengikut di laman media sosialnya. Penyanyi dari negara seberang ini langsung tidak peduli dengan penampilannya dalam mana-mana posting kerana lebih gemar dan yakin menjadi dirinya sendiri.


Akui Lebih Kerap Mandi Sejak Masuk ‘GV8’, Upiak Dedah Pernah Tak Mandi 10 Hari

Akui Lebih Kerap Mandi Sejak Masuk ‘GV8’, Upiak Dedah Pernah Tak Mandi 10 Hari

Sejujurnya masa GV ni Upiak mandi…Upiak pernah 10 hari tak mandi

Dalam pada itu, wanita tersebut sempat berterus-terang bahawa sehingga kini dia masih jarang-jarang mandi. Pun begitu, sejak menjadi seorang daripada peserta pertandingan menyanyi ini, Upiak lebih kerap membersihkan diri dengan sempurna bagi mengelakkan ketidakselesaan orang sekeliling lebih-lebih lagi stylist yang sering mendandan rambutnya.


Lawak juga dia ni…Jujurnya Upiak, merendah diri walaupun orang pandang rendah padanya

Mendengar jawapan wanita ini, rata-rata netizen kagum dengan Upiak kerana tidak segan berterus-terang mengenai dirinya. Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen yang rupa-rupanya mempunyai sikap tidak selalu mandi sama seperti penyanyi berkenaan.

Akui Lebih Kerap Mandi Sejak Masuk ‘GV8’, Upiak Dedah Pernah Tak Mandi 10 Hari

Akui Lebih Kerap Mandi Sejak Masuk ‘GV8’, Upiak Dedah Pernah Tak Mandi 10 Hari

Akui Lebih Kerap Mandi Sejak Masuk ‘GV8’, Upiak Dedah Pernah Tak Mandi 10 Hari

Akui Lebih Kerap Mandi Sejak Masuk ‘GV8’, Upiak Dedah Pernah Tak Mandi 10 Hari

Kredit: Youtube F8Buzz & Instagram upiak_isil_official

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Akui Lebih Kerap Mandi Sejak Masuk ‘GV8’, Upiak Dedah Pernah Tak Mandi 10 Hari

Facebook

Telegram