“Ala Dia Budak Je”-Anak Buat Kecoh Tapi Dibiarkan, Gadis Bagi Sindiran Pedas

Anak-anak adalah amanah yang dititip Tuhan kepada setiap ibu bapa untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya. Namun dalam kebahagiaan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang, kadangkala ibu bapa tidak sedar bahawa mereka ada terlepas pandang dengan beberapa perkara. Antaranya adalah sikap terlalu berlembut dengan anak sehingga menyusahkan orang lain. Mana tidaknya, sikap itu bukan sahaja mengeruhkan keadaan malahan seolah-olah menanam kenakalan dalam diri anak masing-masing.

BACA : Jadikan Anak Tu Tuan, Mak Jadi Hamba-Cikgu Tegur Sikap Ibu Bapa

Anak hamun orang tua pun dia boleh rilek

Rentetan daripada isu berkenaan, seorang gadis bernama Mira terpanggil untuk memberi teguran pedas menerusi laman Twitternya. Dia bagaimanapun mengakui terkilan dengan sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka. Jelasnya, isu ini tidak akan timbul jika ibu bapa tahu menegur anak-anak.

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Ingat orang nak tolerate ke hanya sebab dia Autisme?

Tambahnya lagi, meskipun kanak-kanak berkenaan mempunyai masalah autisme ia bukanlah tiket buat para ibu untuk dijadikan alasan tidak menegur mereka. Tambahnya lagi, ada kala anak-anak ini sukar dikawal kerana sering meragam dan mempunyai cenderung tantrum. Namun sebagai ibu, telah menjadi tanggungjawab mereka untuk menenangkan anak-anak itu dan bukan dibiar sehingga boleh mendatangkan gangguan kepada orang sekeliling.

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Kalau kecil-kecil tak tegur, bila besar makin menjadi

Ujar gadis ini lagi, perkara ini terjadi disebabkan sikap orang tua yang terlalu memanjakan anak-anak sehingga membuatkan mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa rasa takut. Tegasnya lagi, kasih sayang sepatutnya tidak menjadikan ibu bapa alpa dalam mendisiplinkan anak-anak. Malah ibu bapa juga perlu bertegas tetapi bukan bermakna menggunakan cara keras.

Biarpun budak tu OKU, dia perlu tahu apa salah & betul

Dalam pada itu, perkongsian tersebut ternyata mendapat perhatian ramai selain dihujani dengan pelbagai reaksi. Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh gadis ini dan beranggapan sebagai ibu bapa, mereka perlu bijak dalam mendidik anak-anak agar menjadi insan lebih berguna.

Advertisement

Sumber : Twitter mighvv

Advertisement

Apa Komen Anda?