Ala2 Crazy Rich Asians, Video Nikah Pengantin Malaysia-Afghanistan Jadi Tumpuan

Duduk bersanding di atas pelamin indah sambil memakai busana yang cantik tatkala bergelar Raja Sehari adalah idaman bagi setiap pengantin baharu. Malah tidak sah juga sekiranya pengalaman sekali seumur hidup itu tidak diabadikan menerusi kompilasi foto atau video kenangan. Seperti baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai sebuah video perkahwinan yang telah meraih lebih 140 ribu jumlah tontonan serta 8 ribu retweets selepas dikongsikan oleh seorang juruvideo pada minggu lalu.

BACA: Viral Masuk Restoran ‘Fast Foods’ Pakai Baju Pengantin, Rupanya Dua2 Kebuluran!

Menurut juruvideo bernama Atoi, pengantin yang ditampilkan dalam video itu adalah Nabilah dan Saviz yang baru sahaja diijabkabulkan pada 20 Julai lalu. Majlis pernikahan yang mengetengahkan konsep outdoor itu telah berlangsung di The Seavoy House, Titiwangsa.

Majlis akad nikah yang sangat indah…

View this post on Instagram

next day edit (Songs request by client) Photo by @classive_wp Video by @toifilms Venue at @theseavoyhouse

A post shared by Wedding Videographer (@toifilms) on

Perkara yang paling mencuri tumpuan ramai adalah apabila memperdengarkan Iafaz akad nikah dibaca serta dijawab dalam bahasa Inggeris di pertengahan video tersebut. Rupa-rupanya, pengantin perempuan yang dikenali Nabilah Shahrudin ini telah memilih seorang jejaka yang berasal dari Afghanistan sebagai suaminya.

Kami jumpa dan berkenalan semasa sedang belajar sekitar tahun 2017. Walaupun tidak menuntut di institusi pengajian yang sama, kami sering berhubung melalui WhatsApp dan membantu antara satu sama lain.

Jelas wanita yang berasal dari Selangor ini, sejak kecil lagi dia sering berangan untuk memiliki suami yang tinggi dan berkulit cerah. Ternyata sifat penyayang dan kelakar yang dimiliki oleh Saviz Kamgar telah berjaya memenangi hatinya. Nabilah turut menyatakan rasa syukur kerana kedua-dua belah pihak keluarga pengantin turut merestui perkahwinan ini. 

Sebenarnya saya sangat minat dengan tradisi dan budaya negara lain sebab saya memang ‘kaki travel‘. Kemudian sejak kecil lagi memang teringin lelaki yang putih dan tinggi. Tak sangka dapat jodoh ‘sebijik’ yang diidamkan. Walaupun urusan mendirikan rumah tangga ini bukan mudah pada awalnya, tapi Allah permudahkan jua jodoh kami. Alhamdulillah..

Video ala-ala ‘Crazy Rich Asians’

Dalam pada itu, Atoi tidak menyangka bahawa video berkenaan akan mendapat tumpuan hangat di laman Twitter. Menurutnya, seramai 2 orang jurufoto dan 3 orang juruvideo bertugas semasa majlis tersebut dalam usaha untuk memperoleh angle yang menarik seperti yang dapat dilihat dalam video tular berkenaan. Selain itu, dia turut berterima kasih kepada pihak pengantin yang sudi memberikan kerjasama yang sangat bagus. Pasukan kerjanya turut terharu dengan pujian dan komen positif yang diberikan oleh setiap netizen.

Sumber: IG & Twitter atoirahim

Apa Komen Anda?