“Alahai kacang ketot, bilanglah satu-satu, tidoqlah adik tidoq, takutlah burung hantu”. Sebelum ini, lagu berkenaan pernah tular di TikTok menyaksikan seorang kanak-kanak perempuan sedang mendodoikan adiknya tidur. Namun siapa sangka bagi seorang lelaki ini, dia menjadi perhatian setelah mengubah iramanya persis muzik Tan Sri P. Ramlee.
BACA : Kecoh Pemuda Mengaku Cicit P. Ramlee, Disangka Content Sekali Siap Ada Bukti
Alahai kacang ketot, bilanglah satu-satu
Di akaun TikTok milik bamlie890, seorang ayah terlihat mendukung anaknya pada bahagian depan badan sampai menyanyikan lagu trending berkenaan. Langsung tidak kedengaran seperti dibuat-buat, alunan suaranya sangat menyerupai nyanyian seniman terkenal itu. Walaupun ia hanyalah versi pendek, pun begitu rakaman berkenaan berjaya meraih sehingga 700,000 jumlah tontonan.
@bamlie890 ‼️Merdu suara P.Ramlee @laguvideoradhi tidorkan anak❤️ #versipramlee #radhipersispramlee
Cover lagu ‘Tiara’ versi P. Ramlee santai-santai dalam kereta
Tidak ketinggalan, satu lagi video ketika dia cover lagu ‘Tiara’ di dalam kereta juga menarik perhatian ramai. Menggunakan teknik suara daripada hidung, lenggok nyanyian itu tidak dinafikan 99% benar-benar sama seolah kita sedang melihat Allahyarham P. Ramlee membuat persembahan depan mata.
@bamlie890 Replying to @sawadikaa1234
Tunggulah nanti mesti ada TV jemput interview…Ingatkan miming, memang sebijik
Menerusi ruangan komen, netizen sangat kagum dengan persamaan suara lelaki itu dengan Tan Sri P. Ramlee. Disangkakan miming walhal sedang menyanyi secara live, ramai yang tak berhenti memberinya pujian melambung.
Kredit : TikTok Bamlie890
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
