Suka mengidam makan atau bau benda pelik-pelik, itulah antara cabaran yang dilalui oleh kebanyakan ibu hamil. Terkadang kemahuan itu datang sendiri tanpa sengaja, hinggakan ada yang merasa amat sedih jika ia tidak dipenuhi. Selagi mampu dan tidak keterlaluan, takkan suami nak biarkan saja. Betul tak?
BACA : Ibu Hamil Nangis Ngidam Roti Buaya, Ini Yang Jadi Lepas Mentua Terjumpa Video
Dilema bakal ibu, inilah rutin saya setiap petang
Pelakon Harris Anuar baru-baru ini sempat berkongsikan situasi lucu isterinya yang sedang hamil trimester ketiga. Jika orang lain mahu makan itu dan ini, Asha Merican amat sukakan bau dinding simen. Pada setiap petang, rutin Harris adalah menemani wanita itu ke tangga kecemasan untuk menghidu dinding sampai puas.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
@harrisannuar Dilema seorang bakal ibu, inilah rutin saya setiap petang bawa dia pergi kawasan tangga kecemasan🤣Siapa macam ni jugak? @ashamerican #AsHarris #tiktok #malaysian #viralvideo #viral #tiktok
Asha kulit sensitif, jadi dia guna sabun mandian bayi…Dengan saya sekali guna sabun sama
Selain itu, rupanya Asha juga mempunyai alahan tidak boleh mendengar sebarang lagu Melayu atau Inggeris ketika awal kehamilan dulu. Jadi untuk melegakan rasa loya, dia perlu dibawa menghidu permukaan simen. Bukan itu saja, dia akan merasa hendak muntah dengan bau badan suami sendiri. Maka Harris akan menggunakan sabun mandi Asha agar baunya sama.
@harrisannuar Alhamdulillah atas rezeki tak terhingga ini,Doakan yang baik baik🤲🏻 #AsHarris @Asha ❤️ #BangkitBotak #tiktok #malaysian
Tu semua pembawakan budak…Saya tak hamil pun suka bau simen
Terhibur dengan video Harris, ia sudah meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan sejak dikongsikan semalam. Ramai juga netizen yang menceritakan alahan-alahan pelik mereka sepanjang mengandung.
Walaupun pelik, mereka bersetuju kenyataan bahawa setiap ibu mengandung mempunyai alahan berbeza-beza.
Selain minyak petrol, ada yang suka bau hujan, sabun antibakteria dan hidu cat ketika sedang berbadan dua.
Kredit : TikTok Harris Anuar & Portal mStar
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura