“Alamak Fattah Amin Ke Ni?” – Penampilan ‘Macho’ Nabila Huda Curi Tumpuan!

Dalam pentas Suku Akhir program realiti muzikal komedi, Muzikal Lawak Superstar semalam ternyata membuatkan ramai berdebar sebelum diumumkan bahawa tiada penyingkiran dilakukan. Di samping itu, kelibat hos iaitu Nabila Huda yang membawa watak seperti seorang pramugara sepanjang program berkenaan turut mencuri tumpuan ramai. Siapa sangka anak perempuan Amy Search ini mampu tampil dengan imej dan stail lelaki yang sangat ‘macho’ sekali?

BACA: Challenge Makan Durian & Mee Pedas Sampai Termuntah, Ara Dibebel Nabila Huda!

Malah antara kelainan yang turut ditonjolkan semalam adalah gandingan pertama antara Nabila Huda dengan Sherry Al-Hadad. Untuk pengetahuan semua, Sherry telah menggantikan tempat Nabil Ahmad yang menjadi hos dalam Konsert Final Program Ceria Megastar Ministar di saluran Astro Ceria yang turut berlangsung pada malam tadi.

Cuba bayangkan kalau aku lelaki…Comfirm habis perempuan dalam genggaman aku! 

Macam Fattah Amin dah sis! Handsome ok

Selain watak pramugara itu, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-30 ini turut membawa penampilan sebagai vokalis kumpulan rock legenda Queen, iaitu Freddie Mercury. Memang ‘mantap’ lah siap dengan misainya sekali! Ternyata kedua-dua imej maskulin yang turut dimuatnaik ke laman Instagram miliknya telah dibanjiri dengan komen daripada rakan artis serta para peminat. Rata-rata mereka memuji penangan makeup yang dibawa olehnya selain jatuh cinta dengan wajah handsome Abil pada malam tadi!

Sumber: IG kupu_kupu & astrogempak

Apa Komen Anda?