Cinta Isu Semasa

Alasan Cuma Bincang Soal Kahwin, Helah ‘Dua Merpati’ Ini Akhirnya Terbongkar

Alasan Cuma Bincang Soal Kahwin, Helah ‘Dua Merpati’ Ini Akhirnya Terbongkar

Sharing is caring!

Tiba-tiba lesap tanpa bayang, manakah anak kita pergi? Adakah benar mereka keluar bersama rakan atau mungkin sedang membuat ‘kerja’ di luar jangkaan? Demikianlah gambaran yang sering terlintas di kepala ibu bapa zaman kini saat anak mereka gemar keluar keluar pada waktu malam. Tambahan pula, isu mengenai keruntuhan akhlak serta pergaulan bebas dalam kalangan remaja menjadi isu besar dan sukar dibendung.

BACA : Gadis Panik Tak Datang Haid 3 Bulan, Sempat Merayu Minta Pil Gugur Pada Doktor


Kami tak buat apa-apa, hanya berbincang bab kahwin

Terbaharu, seorang remaja lelaki berusia 20 tahun bersama teman wanitanya dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Baling (PAB) sekitar jam 2.30 pagi tadi. Remaja tersebut ditahan selepas ‘kantoi’ tinggal berdua-duaan di sebuah bilik rumah tumpangan di sekitar Baling, Kedah. Namun begitu, remaja berkenaan bertegas memaklumkan bahawa dia dan teman wanitanya hanya berbincang soal kahwin dan tidak melakukan apa-apa.

Alasan Cuma Bincang Soal Kahwin, Helah ‘Dua Merpati’ Ini Akhirnya Terbongkar

Alasan Cuma Bincang Soal Kahwin, Helah ‘Dua Merpati’ Ini Akhirnya Terbongkar
Kredit Foto: Harian Metro

Hanya berhenti rehat selepas balik dari Pulau Pinang

Menurut Pegawai Agama Daerah Baling iaitu Sheikh Mohd Haizan Hamzah, mereka antara empat orang  yang ditahan kerana berdua-duaan dalam ‘Ops Potong’ yang dijalankan di sekitar hotel murah daerah ini. Jelas beliau, lelaki berkenaan merupakan penduduk tempatan manakala teman wanitanya berasal dari Perak.


Alasan Cuma Bincang Soal Kahwin, Helah ‘Dua Merpati’ Ini Akhirnya Terbongkar

Alasan Cuma Bincang Soal Kahwin, Helah ‘Dua Merpati’ Ini Akhirnya Terbongkar
Gambar Sekadar Hiasan

Bakal didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara

Tambahnya lagi, operasi yang dijalankan selama lima jam bermula 12 tengah malam sehingga 5 pagi itu disertai lebih 35 anggota termasuk Skuad Al-Ansar berjaya menahan empat ‘merpati’. Jika disabit kesalahan, kesemua mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Alasan Cuma Bincang Soal Kahwin, Helah ‘Dua Merpati’ Ini Akhirnya Terbongkar Alasan Cuma Bincang Soal Kahwin, Helah ‘Dua Merpati’ Ini Akhirnya Terbongkar

Sumber : Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!