‘Alhamdulillah, Isteri Saya Selamat Lahirkan Anak Kami Pada Jumaat Yang Lalu’

Nampaknya teka-teki ramai yang menantikan tarikh Anzalna melahirkan anak pertamanya telah terjawab. Menerusi perkongsian yang dibuat Anzalna dan Hanif Zaki di Instagram, telah memaklumkan bahawa wanita itu telah selamat melahirkan bayi lelaki pertama mereka pada hari Jumaat yang lalu, bersamaan 31 Mei 2019. Melalui ruangan kapsyen, kedua-dua mereka telah meluahkan perasaan gembira dan bersyukur dengan kelahiran ini. 

BACA: “Ni Rupanya Cinderella Kalau Mengandung” – Maternity Sh0ot Anzalna Jadi Tumpuan

Throwback sebelum masuk labour room

Perasaan yang tak dapat saya gambarkan.. syukur

Syukur Alhamdulillah dipermudahkan segalanya

Berita itu ternyata menggembirakan banyak pihak. Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen dan juga rakan artis. 

Congrats adik2 Paknil!

Welcome to the club. Bye bye 8 hours sleep

Comelnya baby.. Tahniah 

Terdahulu, Anzalna telah menjalani sesi maternity photoshoot di rumahnya beberapa hari sebelum melahirkan. Lokasi itu dipilih atas nasihat doktor yang melarangnya keluar rumah kerana dia sedang  dalam tempoh menunggu hari untuk melahirkan. 

Malah Anzalna dan suami yang terlalu teruja menantikan kelahiran anak pertama ini turut menyiapkan sebuah bilik khas buat anak lelaki mereka. 

Bilik dia dah siap!

Done 3 paintings for his room….

Sumber: IG anzalnanasir88, hanif_zaki

Apa Komen Anda?