Sejak kemelut bersama balu Allahyarham Abam tercetus, Ali Puteh mendedahkan realiti menyedihkan yang dihadapinya. Kariernya sebagai seorang pelawak terkenal ibarat malap seketika apabila dikhabarkan sepi job dalam 2 tahun kebelakangan ini.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Sejak awal kemelut berlaku, memang job saya banyak dibatalkan…Harus berjimat cermat
Selain menyertai ‘Maharaja Lawak Mega’ dan ‘Muzikal Lawak Superstar’ yang merupakan kategori komuniti pelawak kecil, dia tidak menerima sebarang tawaran kerja lain melibatkan lakonan atau pengacaraan langsung seperti sebelum-sebelum ini. Yang ada pun cuma satu, iaitu daripada sebuah rancangan televisyen dengan bayaran sebanyak RM300 sahaja.
Ikutkan modal RM10,000 tak cukup, namun saya buat ikut kemampuan
Selain itu, Ali Puteh akui isu kekurangan pendapatan yang dialami secara mendadak sejak 2 tahun lalu cukup membuatkan hidupnya tertekan. Walau bagaimanapun, dia akur dengan dugaan ini selain menganggap ia sebagai balasan dari Allah bagi dosa-dosa lamanya. Kemudian, dia turut menggunakan pengeluaran KWSP bernilai RM10,000 sebagai modal memulakan perniagaan bagi menyara keluarga.
Dia juga boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah
Berbalik kepada isu kekeluargaan dengan Hidayah pula, Ali tidak menolak kemungkinan berbaik semula seperti dahulu. Bahkan dia bersedia untuk bersua muka termasuklah bagi menyelesaikan sebarang sisa-sisa kemelut berkaitan tuntutan faraid.
Kredit : Portal mStar & Harian Metro
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
