Aliff Syukri Upah Personal Coach Nak Jadi Sado, Rupanya Bukan Calang Trainer!

Sebut sahaja nama Dato’ Aliff Syukri, pasti ramai yang terbayang tentang cara dan sikap dirinya yang lembut dan kepoh seperti orang perempuan. Namun menerusi perkongsian di Instagramnya baru-baru ini, jutawan kosmetik popular ini telah mengejutkan ramai netizen apabila dia berkongsi sekeping gambar bersama seorang ‘body builder‘ di sebuah gym. Malah dalam gambar itu mereka dilihat seperti baru sahaja selesai membuat workout. 

BACA: Makan Pisang Setiap Pagi Ternyata Lebih Berkesan Turunkan Berat Badan!

Abang dah jadi badang sebenar

Rupanya Aliff Syukri kini sedang dalam proses untuk membina badan menjadi seorang lelaki yang ‘sado’. Manakala jejaka kacak yang bersamanya di dalam gambar itu rupanya adalah seorang personal trainer bertauliah yang bernama Coach Amir dan diupah Aliff Syukri untuk merealisasikan impiannya itu. 

Ada ijazah perakaunan

Coach Amir yang berusia 31 tahun ini memiliki ijazah dalam bidang perakaunan. Selain aktif menyertai pertandingan bina badan sejak beberapa tahun lepas, dia juga memiliki pengalaman selama tujuh tahun bergelar jurulatih kecergasan.

Lelaki Timur Tengah, berasal dari Egypt

Berasal dari Egypt, Coach Amir rupanya sudah tujuh tahun menetap di negara ini memandangkan isterinya adalah orang Malaysia. Namun begitu dia masih belum fasih berbahasa Melayu, membuatkan dia dan Aliff Syukri sering berhadapan masalah komunikasi.

Kami macam ayam dan itik

Akan tetapi ia bukanlah satu halangan malah dia berasa sangat gembira menjadi individu yang bertanggungjawab dalam proses transformasi Aliff Syukri. Amir sudah hampir dua bulan bergelar personal coach kepada jutawan kosmetik penuh sensasi itu dan difahamkan latihan mereka dilakukan di gym yang terdapat dalam kediaman mewah Aliff Syukri. 

Selain Aliff Syukri, Amir turut pernah berkhidmat dengan beberapa artis lain seperti Sufian Suhaimi.

Sumber: Malaysia Gazette, IG amirelswahly, aliffsyukriterlajaklaris

Apa Komen Anda?